Heart of Greed di 8TV

Diterbitkan: Isnin, 8 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

8TV bakal menyiarkan sebuah lagi drama bersiri TVB yang cukup hebat – Heart of Greed. Heart of Greed akan mengisi slot Asian Hour yang akan disiarkan di saluran 8TV bermula 5 Jun 2009 jam 7.00 malam!

Heart of Greed merupakan drama terbitan Television Broadcasts Limited yang mendapat sambutan hebat dari penonton sehingga berjaya meraih beberapa anugerah di ‘TVB Anniversary Awards in 2007’ termasuk Anugerah Drama Bersiri Terbaik.

Ini menjadikan drama Heart of Greed sebagai salah satu drama yang cukup popular pada tahun 2007!

Tong Yan-Gai (Ha Yu) merupakan seorang ahli perniagaan yang menjual abalone dan produk-produk laut yang lain. Yan-Gai berkahwin dengan Ling Hau (Louise Li) dan mempunyai seorang perempuan simpanan bernama Wong Sau-Kam (Susanna Kwan). Yan-Gai mempunyai empat orang anak iaitu Tong Chi-On (Moses Chan), Tong Chi-Yat (Bosco Wong), Tong Chi-Foon (Chris Lai) dan Tong Chi-Yan (Fala Chen).

Hau menghidapi kanser dan disahkan tidak boleh hidup lama. Han mahu Kam menjaga Yan-Gai apabila beliau sudah tiada lagi namun nasib menyebelahi Han dan beliau akhirnya pulih dari penyakit kanser.

Kam pula merasakan beliau tidak mempunyai hak ke atas keluarga Tong kerana beliau tidak berkahwin secara sah dengan Yan-Gai. Kam mula mencari jalan untuk mengikis harta kekayaan keluarga Tong dan beliau mula mendatangkan banyak masalah.

Pada dasarnya keluarga Tong hidup dalam keadaan yang aman, namun Kam sudah merancang idea jahat bersama Sheung Joi-Duk (Li Shing Cheung) untuk membolot harta dan memporak-perandakan keluarga Tong.

“Sebuah lagi drama bersiri TVB yang cukup hebat untuk tontonan anda semua! Heart of Greed berkisarkan tentang susah senang kehidupan sebuah keluarga kaya…,” komen Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Jika anda tidak sabar untuk mengetahui kisah selanjutnya, jangan ketinggalan untuk menonton drama bersiri hebat Heart of Greed setiap Isnin hingga Jumaat bermula 5 Jun 2009 jam 7.00pm hanya di 8TV! 8TV juga boleh ditonton menerusi saluran 708 Astro.

Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

Tarikh Siaran Heart of Greed: 5 Jun 2009 hingga 30 Julai 2009. Hari / Masa : Isnin hingga Jumaat, 7.00pm – 8.00pm

Pelakon : Moses Chan, Bosco Wong, Raymond Lam, Yoyo Mung, Tavia Yeung, Ha Yu, Lee See Kei, Susanna Kwan dan Michelle Yim.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan