Amitabh Bachchan tonjol imej botak dalam 'Paa'

Diterbitkan: Isnin, 8 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bagaimanakah wajah Amitabh Bachchan jika dia menjadi botak dalam filem Paa nanti?
Bagaimanakah wajah Amitabh Bachchan jika dia menjadi botak dalam filem Paa nanti?

IMEJ botak Bollywood, Amitabh Bachchan dalam filem hasil produksinya, 'Paa' barangkali adalah gimik solekan semata-mata.

Namun, selebriti lain telah memilih untuk membotakkan kepala mereka untuk "menyejukkan" kepala pada musim panas ini.

"Stail rambut lelaki amat mudah diuruskan. Ia kelihatan sangat bergaya juga," kata seorang pereka rambut.

Bintang-bintang Bollywood sebelum ini memang gemar membotakkan kepala mereka.

Contohnya, Aamir Khan tampil dengan imej separuh botak dalam filem "Ghajini" dan Salman Khan menjadi botak untuk filem "Tere Naam".

Trend botak itu bukanlah baru tetapi pada peringkat awal, ia dikhaskan untuk lelaki Bollywood yang nakal.

Seorang pereka rambut menasihatkan sesiapa yang ingin membotakkan kepala mereka harus mempunyai bahu yang luas dan struktur badan yang baik.

Ini penting katanya, kerana ini dapat menonjolkan keyakinan dan gaya yang menarik.

"Selain itu, seseorang itu juga harus sentiasa mencukur rambutnya sekerap mungkin," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan