Radio IKIM.fm dan IRM terbitkan program Secangkir Kasih

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RADIO IKIM.fm bersama Islamic Relief Malaysia (IRM) sedang menerbitkan program kemasyarakatan yang bertajuk "Secangkir Kasih".

Sebagai satu-satunya radio berkonsepkan Islamik yang beroperasi 24 jam, IKIM.fm merasakan perlu untuk menerbitkan sebuah program bagi menampil dan mencerminkan keindahan Islam melalui cara dan kegiatan yang bukan saja mensasarkan kepada umat Islam secara langsung, tetapi juga kepada masyarakat bukan Islam.

Sebelum ini, IKIM.fm pernah membuat kerjasama dengan Islamic Relief Malaysia (IRM) melalui program 'Malam Untukmu Palestin', dan hasilnya amat memberangsangkan.

Oleh yang demikian, IKIM.fm merasakan keperluan untuk menerbitkan program seumpamanya secara berterusan bagi menampakkan dengan lebih jelas wawasan dan matlamat IKIM.fm dalam mendekatkan diri dengan masyarakat.

FORMAT PROGRAM

1. Program rakaman 15 minit ini akan dirakam sama ada di dalam studio atau di lokasilokasi berkaitan. Pihak IKIM.fm akan turun padang bersama pihak IRM bagi aktivitikegiatan yang dijalankan dan samasama membatu dalam projekprojek kebajikan dan kemasyarakatan.

2. Setiap minggu, wakil dari pihak IRM akan berkongsi antara objektif dan tujuan setiap aktiviti yang bakal atau sedang dijalankan dan pada masa yang sama, IKIM.fm juga akan menyiarkan antara rakaman yang telah dibuat di lokasi semasa aktiviti dijalankan.

3. Berdasarkan perbincangan dan perancangan, IKIM.fm juga akan menganjur bersama antara aktiviti yang berkaitan. Sebagai contoh, 'Charity Bazaar' yang akan dibuat di perkarangan IKIM sendiri bagi mengutip derma untuk projek 'Perpustakaan Untuk Rumah Anak-anak Yatim'.

4. Program mingguan ini akan menjadi titik tolak dan medan bagi menggembargemburkan setiap acara dan kegiatan yang bakal dijalankan oleh pihak IKIM.fm dan IRM.

KONSEP PROGRAM

Program rakaman selama 15 minit ini akan dirakam dalam bentuk dokumentari dan akan dihiasi dengan muzik latar dan kesan bunyi bagi menarik perhatian pendengar.

Setiap minggu wakil dari IRM akan berkongsi aktiviti dan penerbit akan menyentuh aktiviti berkenaan dari sudut pandangan Islam.

Di samping itu, rakaman temubual bersama penderma-penderma, orang ramai yang membeli semasa jumble sale, wakil korporat yang menyumbang, mereka yang menerima sumbangan seperti anakanak yatim dan sebagainya, akan juga diselitkan bagi menyuarakan perasaan mereka.

HARAPAN HASIL PROGRAM

1. Program ini akan dapat secara langsung menjadi satu promosi kepada radio ikim bagi mendekati masyarakat.

2. Program ini juga bertindak sebagai satu tanggungjawab sosial yang perlu dijalankan oleh IKIMfm dalam membantu menangani krisis kemasyarakatan.

3. Program ini juga dapat membuka ruang di antara IKIMfm dan juga pendengar bukan Islam dan meningkatkan kefahaman mereka tentang Islam yang bukan hanya memberi bantuan kepada orangorang Islam, tetapi juga masyarakat bukan Islam.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Sapuah Nawawi di talian 03-6204 6329/ 6331 atau Suzanahwati Sanil di talian 03-6204 6326. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan