Anne Hathaway jadi gitaris demi kekasih

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anne sanggup berusaha keras dengan mempelajari teknik bermain gitar menerusi internet demi kekasihnya
Anne sanggup berusaha keras dengan mempelajari teknik bermain gitar menerusi internet demi kekasihnya

ANNE Hathaway sanggup berusaha keras dengan mempelajari teknik bermain gitar menerusi internet semata-mata untuk mempersembahkannya di hadapan kekasih hati, aktor Adam Shulman.

Hanya dengan menggunakan video tutorial di internet, aktres itu dapat bermain lagu Blackbird oleh The Beatles sebagai hadiah hari lahir istimewa untuk kekasih hatinya itu yang mencecah usia 28 tahun pada 2 April lalu.

"Saya belajar main gitar untuk sebuah lagu buat kekasih saya. Saya memang tidak pernah dengar lagu itu sebelum ini, jadi saya terpaksa mengkaji dan belajar gitar untuk lagu itu," katanya.

Hathaway turut mempamerkan bakat terhadnya itu menerusi sebuah program TV di Amerika apabila hosnya, Jimmy Fallon meminta aktres itu memainkan sebuah lagu dengan gitar.

"Saya tahu main dua buah lagu, Blackbird dan sebuah lagu lain. Saya hanya belajar menerusi internet terutamanya melalui YouTube," katanya lagi.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan