'Hot Chick' Shout Awards milik Fazura atau Marsha?

Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar (kanan) `melaungkan' The Shout! Awards bersama dengan wakil Hotlink yang merupakan penaja utama anugerah tersebut. - foto MSTAR oleh AU YEONG HOW
Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar (kanan) `melaungkan' The Shout! Awards bersama dengan wakil Hotlink yang merupakan penaja utama anugerah tersebut. - foto MSTAR oleh AU YEONG HOW

SIAPAKAH yang paling serasi bergandingan di layar perak antara pasangan?

Untuk pertama kalinya, Anugerah Best On Screen Chemistry yang diketengahkan dalam The Shout! Awards (TSA) yang akan berlangsung bulan depan akan menyaksikan pasangan hebat di layar perak seperti:

Cheryl Samad dan Nazrudin Rahman (Ghost), Syafinaz Selamat dan Paul Moss (One In A Million Season 2), Vanidah Imran dan Afdlin Shauki (Sepi), Zahiril Adzam dan Liyana Jasmay (Kami) dan Upin dan Ipin (Upin & Ipin TV Series).

Chemistry siapakah yang paling disukai ramai? Mungkinkah karektor kartoon Upin dan Ipin yang cukup disenangi itu atau Paul Moss dan Syafinaz yang nampak begitu serasi ketika kendalikan program realiti 'One In A Million' (OIAM)?

Sekiranya selama ini kita selalu disajikan dengan selebriti jelita atau dalam istilah Inggeris 'Hot Chick', lihat pula nama siapa yang tersenarai

Antara Andrea Fonseka, Daphne Iking, Fazura, Marion Caunter dan Marsha, siapakah yang akan dinobatkan sebagai Anugerah Hot Chick?

Itu antara dua anugerah baru yang dinanti-nantikan dalam The Shout! Awards (TSA) pada 17 Julai 2009 dan bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Ia akan disiarkan secara langsung di saluran hip 8TV pada 8.30 malam.

Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar berkata, selepas TSA, bakat-bakat yang ditonjolkan diharapkan akan menembusi pasaran perdana.

"Saya dimaklumkan oleh Jennifer Thompson bahawa finalis-finalis untuk kesemua empat kategori - muzik, televisyen, radio dan televisyen - yang dicalonkan adalah terbaik dan paling progresif.

"Mereka cukup berbakat dan saya rasa rakyat negara ini juga akan menghadapi kesukaran untuk memilih pemenang bagi setiap kategori," katanya pada sidang akhbar sejurus selepas pengumuman finalis-finalis TSA tersebut.

Hadir sama, Pengurus Besar Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Jennifer Thompson.

Selebriti, artis dan mereka yang terlibat dalam industri hiburan tempatan bakal berjalan dengan penuh gaya atas permaidani merah sebagai pembuka tirai acara pada malam itu.

Pemenang bagi setiap kategori akan ditentukan oleh undian orang ramai menerusi undian secara "online" dan SMS.

50 peratus akan dikira daripada undian secara online manakala 50 peratus yang berikutnya akan dikira mengikut undian SMS.

Seterusnya, undian akan dikumpul dan diaudit oleh pihak berkecuali.

Talian undian akan dibuka bermula 8 Jun 2009 dan berakhir pada 16 Julai 2009.

Berikut adalah senarai finalis TSA yang dicalonkan:

KATEGORI MUZIK

Anugerah Rockstar: Bunkface, Butterfingers, Estranged, Hujan, Meet Uncle Hussain dan Pop Shuvit.

Anugerah Popstar: Aizat, Couple, Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Nikki dan Stacy.

Anugerah Power Vocal: Ayu, Datuk Siti Nurhaliza, Dina, Jaclyn Victor, Lan (Meet Uncle Hussain) dan Syarul Reza (Love Me Butch)

Anugerah Flava (Hip Hop/R&B): Ahli Fiqir, Caprice, Jin Hackman, Joe Flizzow, Malique dan Phlowtron.

Anugerah Break Out (Best New Act): Bunkface, Hujan, Joe Flizzow, Malique, Meet Uncle Hussain dan Pesawat.

KATEGORI TV DAN FILEM

Anugerah Best On Screen Chemistry (sepasang): Cheryl Samad dan Nazrudin Rahman (Ghost), Syafinaz Selamat dan Paul Moss (One In A Million Season 2), Vanidah Imran dan Afdlin Shauki (Sepi), Zahiril Adzam dan Liyana Jasmay (Kami) dan Upin dan Ipin (Upin & Ipin TV Series).

Anugerah Fresh TV Series (Siri TV baru termasuk Drama dan/ atau Sitcoms): Field Trip! USA, Frontpage, Ghost, Kekasihku Seru, Sindarela.

Anugerah Breakthrough Film: Budak Kelantan @ Kelantan Boys, Kala Malam Bulan Mengambang, Kami, Los dan Faun, dan Sepi.

Anugerah Favourite TV Program (Bukan Drama): Destinasi Bajet (Season 2), Filed Trip! USA, Homegrown (Season 3), Majalah 3, One In A Million Season 2.

Anugerah Favourite TV Host: Daphne Iking - The Breakfast Show, Marion Caunter - One In A Million Season 2, Naz - The Breakfast Show, Qushairi (Qi) - Destinasi Bajet Season 2 dan Qushairi (Qi) - Field Trip! USA.

KATEGORI RADIO

Anugerah Coolest Radio Announcer: Fara Fauzana, Hunny Madu, JJ, Phat Fabes dan Rudy.

Anugerah Favourite Radio Show: Fly FM Must Have Music (Hunny Madu), Fly FM Night Flight (Basil & Hafiz), Fly FM Pagi Show (Ben, Nadia & Phat Fabes), Hot FM AM Show (Fara Fauzana and Faizal Ismail) dan Indie X (Smek and Mat).

KATEGORI THE WORKS

Anugerah Stylo (Anugerah Paling Bergaya): Dynaz Mokhtar, Faizal Tahir, Marion Caunter, Maya Karin dan Sazzy Falak.

Anugerah Hot Chick: Andrea Fonseka, Daphne Iking, Fazura, Marion Caunter dan Marsha.

Anugerah Hot Guy: Faizal Tahir, Jonathan Putra (JP), Tony Eusoff, Zahiril Adzam dan Zizan Nin

Bagi The Ultimate Shout! Award: Juri profesional akan memilih seorang pemenang daripada para peserta Top 5 dalam setiap kategori bagi anugerah utama The Ultimate Shout! Award.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan