Megan Fox mengaku biseksual, obses dengan Jenna Jameson - Berita Hiburan | mStar

Megan Fox mengaku biseksual, obses dengan Jenna Jameson

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sungguhpun jelita, Megan Fox mengaku dia mempunyai naluri biseksual
Sungguhpun jelita, Megan Fox mengaku dia mempunyai naluri biseksual

PENAMPILAN hebat aktres Megan Fox ketika di MTV Movie Awards di Los Angeles masih hangat diperkatakan. Baju mini pendek berwarna hitam yang bermotifkan emas dan menunjukkan susuk tubuhnya telah membuat ramai mata terpaku padanya.

Kasut tinggi berwarna hitam yang bertali-tali itu jelas membuat Fox kelihatan begitu seksi sekali.

Bintang berusia 23 tahun itu telah menghadirkan diri untuk mempromosi filem Transformers: Revenge of the Fallen.

Ramai yang tidak akan menjangka kejelitaan yang dimilikki Fox akan membuat dia tertarik untuk menjadi seorang 'biseksual.'

"Saya rasa semua orang dilahirkan sebagai biseksual tapi disebabkan desakan masyarakat menyebabkan mereka tidak boleh menyatakan demikian," kata Fox dalam satu temuramah dengan sebuah majalah.

"Walaupun saya mengaku saya biseksual tapi saya tidak akan emniduri gadis yang pernah tidur dengan lelaki," kata Fox yang kini sudahpun bertunang dengan Brian Austin Green.

"Malah saya dapat bayangkan jika saya mempunyai perhubungan dengan seorang gadis bernama Olivia Wilde. Dia sungguh seksi. Saya juga obses dengan Jenna Jameson."

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan