Kate ikat rambut stail ekor kuda untuk kelihatan muda

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES Kate Winslet memang terkenal dengan kejelitaannya yang semula jadi.

Sejak kebelakangan ini, Kate sudah mula mencuba beberapa cara untuk tampil lebih remaja.

Tapi jangan salah sangka, sebenarnya Kate tidak percaya dengan surgeri kosmetik. Pemenang anugerah Oskar ini hanya ingin tampil lebih muda dengan mengikat rambutnya seperti ekor kuda untuk tampak remaja.

Ketika dia muncul bersama suami produsernya, Sam untuk premier filem 'Away we Go' di New York City baru-baru ini, Kate kelihatan sungguh menawan dan tampak jauh lebih muda.

Kate juga menyelar pengkritik yang selalu membuat andaian tentang karier filemnya. Yang pasti, Kate tidak suka tinggalkan anak-anaknya lama-lama hanya untuk sebuah pengambaran filem.

"Saya bukan jenis ibu yang suka tinggal anaknya lama-lama. Tidak kisahlah walaupun usia anak saya, 5, 15 atau 55," kata Kate.

Kate adalah ibu penyayang pada seorang anak perempuan, Mia, berusia 8 tahun, hasil perkahwinan dengan Jim Threapleton dan juga Alfie, 5 tahun dengan suaminya Mendes.

Tika ditanya kejayaannya memenangi anugerah double Golden Globe dan Oscar awal tahun ini, Kate berkata, "Anugerah tidak semestinya membuat keyakinan saya tinggi."

"Jika saya lebih muda, tentu saja ia akan memberi kesan di saat ini. Saya tahu siapa diri saya," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan