Belukar filem indie tempatan pertama

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tenaga produksi dan pelakon filem Belukar. - foto MSTAR oleh AU YEONG HOW
Tenaga produksi dan pelakon filem Belukar. - foto MSTAR oleh AU YEONG HOW

PERSADA industri hiburan tanahair yang dibanjiri kumpulan pemuzik indie kini dirancakkan lagi dengan kemunculan filem indie.

Syarikat penerbitan filem, Preston Zaidan Productions Sdn. Bhd. mempelopori usaha murni tersebut menerusi filem "Belukar" yang bakal ditayangkan pada awal tahun depan.

Pengarah dan penulis skrip filem Belukar, Jason Chong Chia Shien memberitahu, filem-filem indie sangat kurang mendapat perhatian berbanding kumpulan muzik indie yang semakin diterima ramai.

"Apakah perbezaan dan jurang yang memisahkan perkara ini masih menjadi tanda tanya dalam pemikiran kami. Dengan itu, tidak salahnya jika pihak kami memulakan langkah dengan mengadakan kerjasama bersama kumpulan indie ini bagi mewujudkan kelainan.

"Lagu-lagu hasil ciptaan beberapa kumpulan indie seperti Coco D' Monday, Kugiran Malay, Rovernation, Enava dan Mr. Irwin. akan menjadi lagu runut bunyi bagi filem tersebut kelak," katanya pada majlis ramah mesra pelakon-pelakon filem Belukar bersama media di Hard Rock Cafe, semalam.

Filem Belukar mengisahkan Eva (Daphne Iking) seorang wanita Sabah yang merupakan penipu insuran profesional. Dia berjaya menuntut lebih RM100 juta dan kini Eva sedang disiasat oleh beberapa pihak.

Malangnya, tiada agen penyiasat insurans dapat membuktikan Eva bersalah. Tanggungjawab itu kini dipikul oleh Nik (Bront Palarae) iaitu seorang penyiasat insurans syarikat ABG.

Dalam proses penyiasatan tersebut, Nik telah jatuh cinta terhadap Eva tanpa Eva mengetahui identiti sebenar Nik. Adakah Nik dan Eva bergelut dengan cinta, sandiwara atau keikhlasan semata-mata?

Atau seperti yang disimpulkan Jason Chong, filem ini sarat dengan "love action, thriller and many hidden secrets."

Pelakon-pelakonnya terdiri daripada Bront Palarae sebagai Nik, Daphne Iking (Eva), Azhar Sulaiman (Hassan), Datuk Tamimi Siregar (Farid), Danny (Zailan), Annuar Chew Kin Wah (TKO), Sabrina Hassan (Ivy), Azwan Kombos (Pit), Md. Eyzendy Aziz (Hitam), Ray Redzuan (Momok), Fong U-Shin Xavier (Gong), Ekin AF4 (Norashikin), Sharmila Dedy Borhan (Mary) dan Linora Low (Gincu).

Tempoh penggambaran filem ini adalah 24 hari iaitu dari 9 Mac hingga 2 April. Bajet awal adalah RM600,000.

Mengulas lanjut mengenai filem indie tersebut, jelas Jason Chong: "Ia adalah pertama kali saya menulis skrip dan mengarah sebuah filem, menggunakan RedCam untuk mengeksplorasi teknologi digital dan penggambaran filem dibawa ke Labuan.

"Ia juga julung kali Daphne dan Bront memegang watak utama dalam filem. Kumpulan pemuzik indie akan membawa citarasa berbeza kepada penonton Belukar... Maka lahirlah, muzik indie, filem indie.

"Pelakon baru akan digunakan bagi mewujudkan generasi pelapis industri perfileman," ujarnya.

Lebih menarik, kata Jason Chong, filem arahannya itu mempromosikan tempat-tempat menarik di sekitar Sabah dan Labuan, sekali gus menyokong usaha kerajaan mempromosikan Malaysia di seluruh dunia.

"Kota Kinabalu dan Labuan menjadi lokasi utama filem ini. Lebih tepat lagi, 40 peratus di Sabah dan 60 peratus di Wilayah Persekutuan Labuan selain Tuaran dan Ranau," katanya. Ditanya mengenai cabarannya sebagai pengarah, Jason berkata, dia tidak sempat nak "merasai" cabarannya kerana masa begitu suntuk dan semua perkara bergerak dengan cepat sekali.

"Ia bermula dari draf pertama memakan masa tiga hari dan kemudian draf kedua, empat hari....," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan