Adila & Yazid peserta pertama 'Oo La La' tersingkir

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oo La La telah masuk minggu kedua dan saingan hebat dapat dirasai apabila peserta perlu membuat persembahan secara solo
Oo La La telah masuk minggu kedua dan saingan hebat dapat dirasai apabila peserta perlu membuat persembahan secara solo

OO LA LA yang bertujuan untuk mencari bakat baru remaja dalam bidang nyanyian, telah mula bersiaran pada 23 Mei 2009, setiap hari Sabtu bermula jam 9.30 malam hingga 11.00 malam secara langsung dari Studio 2, NTV7 Glenmarie, Shah Alam.

Kini, Oo La La telah masuk minggu kedua dan saingan hebat dapat dirasai apabila peserta perlu membuat persembahan secara solo.

Selain daripada kehebatan peserta-peserta menunjukkan bakat nyanyian dalam persembahan konsert minggu ini, pemilihan lagu juga mempengaruhi persembahan mereka.

Peserta pertama yang membuka tirai pada malam ini adalah J.C yang menyanyikan lagu ‘Kau dan Aku’.

Sementara, Farah bertuah kerana mendapat lagu yang diminati ramai, ‘Matahari’. ‘Jika Kau Bercinta Lagi’ dinyanyikan oleh Dan, ‘Kisah Tercipta’ dinyanyikan oleh Amira, ‘Nakal’ dinyanyikan oleh Afiq, ‘Naluri Lelaki’ dinyanyikan oleh Ameer.

Selain itu, Eina menyanyikan lagu ‘Tiada Lagi Kidung Mu’, Reen dengan lagunya ‘Dan Sebenarnya’ dan peserta terakhir yang membuat persembahan adalah Sha dengan lagu popular ‘Cinta Adam & Hawa’.

Pada minggu ini, penyingkiran buat kali pertama telah dilakukan. Mereka yang mendapat markah dan undian terendah terpaksa meninggalkan program ini dan perjuangan mereka tepaksa berhenti setakat ini.

Pada malam itu, Adila yang telah membuat persembahan secara solo dengan lagunya ‘Oo La La Tropika’. Pasangan peserta anak dan bapa, Adila dan Yazid terpaksa akur dengan keputusan yang diterima.

Peserta Oo La La yang lain dapat menarik nafas lega apabila nama mereka tidak diumumkan yang memungkinkan bahawa mereka akan terus kekal untuk merebut gelaran juara serta membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000, tempat kedua RM20,000 dan tempat ketiga RM10,000. Siapa bakal meraih gelaran juara dan sekaligus menggenggam RM30,000?

Untuk mengetahui bakal juara Oo La La, pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan program yang penuh dengan aksi spontan dan kejutan yang akan disiarkan setiap Sabtu jam 9.30 malam.

Rancangan realiti Oo La La ini diterajui penerbit eksekutif Rini Yulianto Sediono, penerbit Azman Ghaffar dan dibantu oleh Nurul Izza, Arunn A/L Krishnan, Ahmad Ghazali Salim Bachik, Mohd Akmal Mohd Mustafa, Farhanah dan Hafiz.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan