Rajesh Khanna bakal menerima Anugerah IIFA sepanjang hidup

Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG handalan yang pernah popular suatu ketika dulu, Rajesh Khanna bakal menerima anugerah International Indian Film Academy (IIFA) sepanjang hidup di Macau pada pertengahan bulan ini.

Menurut laporan media IIFA, Rajesh yang membintangi filem hebat seperti "Aradhana", "Kati Patang, "Anand" and "Amar Prem" akan diberikan anugerah itu pada acara IIFA ke-10 di Macau.

"Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah mengiktiraf tokoh-tokoh hebat dalam industri filem India yang telah memberikan sumbangan kepada pawagam.

"Pada tahun ini, kita menghargai Rajesh Khanna yang sememangnya telah meletakkan tanda aras cerita romantis dalam filem kita," kata Pengarah Wizcraft International Entertainment, Sabbas Joseph yang juga penganjur program gilang-gemilang tersebut.

Lebih 500 personaliti dalam industri hiburan India dijangka menyaksikan Rajesh Khanna menerima anugerah tersebut.

Antaranya, Aishwarya Rai, Sonam Kapoor dan Kareena Kapoor.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan