Nabil mesra-samseng jalanan!

Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hos Hartamania: Adruce (kiri) dan Nabil bersama
Hos Hartamania: Adruce (kiri) dan Nabil bersama "harta karun" mereka. - foto THE STAR oleh MOHD. FAIHAN

Kisah samseng jalanan mengganas di jalan raya sudah biasa kedengaran. Pelbagai usaha telah diusahakan untuk membendung gejala kurang sihat tersebut tetapi masih menemui jalan buntu.

Bagaimana agaknya bila Raja Lawak musim kedua datang, berkelakar dan bergaul dengan samseng jalanan untuk menyelami naluri samseng jalanan atau yang dikenali sebagai mat rempit?

Idea bernas itu datang daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Raja Lawak itu sendiri iaitu Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil. Lagipun, Nabil memang menunggang motor berkuasa tinggi.

Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 itu berkata, RTM telah menawarkannya menjadi hos bersama dengan pakar analisis jenayah, Kamal Afandi untuk satu rancangan televisyen berkenaan samseng jalanan.

"Saya akan berjumpa dengan mat rempit dan menjadi kawan dengan mereka. Konsep rancangan itu adalah mesra-samseng jalanan," katanya pada pelancaran Hartamania - gameshow pirate pertama Malaysia di restoran The Ship, Kuala Lumpur, semalam.

Dalam gameshow tersebut, Nabil memegang watak Kapten Bil dan merupakan hos bersama dengan Adruce sebagai Cengkerang.

Hartamania akan bersiaran di TV9 Di Hatiku pada pukul 7.00 malam setiap Isnin hingga Rabu, mulai semalam. Ia mempunyai 48 episod.

Hartamania dihasilkan oleh Produser Eksekutif, Kamarul Zamly Ramly dan dibantu oleh Prosuder, Shazalina Zainal Aznam serta Penolong Produser, Siti Faradhina.

Nabil memberitahu, set penggambaran rancangan tersebut belum bermula kerana tawaran tersebut masih dalam peringkat perbincangan.

Sementara itu, Nabil memberitahu, dia juga ingin menghoskan kem motivasi bersama pakar motivasi, Fadzilah Kamsal.

Katanya, kem tersebut adakah satu perancangan syarikat miliknya, Lu Fikirlah Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, selebriti berbakat itu berkata, dia menandatangani kontrak bersama Media Prima sehingga 2011.

"Saya lebih selesa bersama Media Prima kerana kontraknya membenarkan saya mempunyai kontrak dengan organisasi lain seperti RTM dan Astro.

"Bagaimanapun, kontrak Astro tidak membenarkan saya berbuat demikian," katanya.

Dalam pada itu, Adruce, 15 menyifatkan Hartamania sebagai bukan sembarang gameshow biasa, tetapi sitcom based yang mempunyai drama, menyelitkan pengetahuan am dan disulami lawak jenaka.

"Setiap episod mempunyai skrip ceritanya tersendiri. Misalnya dalam episod pertama, mood Kapten kurang baik kerana terdampar di pulau tersebut, jadi saya menggalakkannya," kata pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama ini.

Ditanya bagaimana dia mengagihkan masa untuk pelajaran dan set penggambaran, kata Adruce, dia telah meminta produksi untuk membuat penggambaran selepas waktu persekolahan.

"Ia dihabiskan dalam tempoh dua minggu. Setiap hari dalam tempoh itu, saya akan menghoskan acara itu dari 3 petang hingga 8 malam," katanya yang juga merupakan hos Misi Adruce bagi tahun 2007 dan 2008.

Adakah ia suatu bebanan kepada pelajar yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah pada akhir tahun ini?

"Tidak sama sekali. Ini kerana saya akan relaks dan memastikan ia adalah seronok sepanjang set penggambaran," jelasnya.

Mengulas lanjut, Adruce berkata, setiap episod mempunyai tiga pusingan. Katanya, pusingan pertama melibatkan sesi soal jawab.

"Dalam pusingan kedua, peserta perlu melengkapkan tugasan yang diberikan. Ketiga, mereka akan "melengkapkan" peta dengan menjawab semua soalan dengan betul sehingga mendapat petunjuk mencari peti harta karun tersebut," jelasnya.

Sementara itu, Adruce yang pernah membintangi filem Tentang Bulan, Remp-It, Tipah Tertipu The Movie, Brainscan menambah, dia banyak menimba ilmu daripada Nabil.

"Menariknya, dia lelaki yang cukup "gila"," katanya dalam nada bergurau senda.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan