Maya Karin sakit hati tengok botol air terbuang

Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Maya bercadang menubuhkan sebuah pertubuhan bagi menjayakan usaha untuk memelihara alam sekitar
Maya bercadang menubuhkan sebuah pertubuhan bagi menjayakan usaha untuk memelihara alam sekitar

GENTING HIGHLANDS: Setelah dinobatkan sebagai Duta Alam Sekitar Malaysia oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar tahun lepas, pelakon Maya Karin kini mengorak langkah untuk bergiat cergas dalam pemeliharaan alam sekitar dan bercadang menubuhkan sebuah pertubuhan bagi menjayakan usahanya itu.

Beliau berkata ini perlu dilakukan kerana kesedaran masyarakat negara ini tentang penjagaan alam sekitar masih rendah dan perlu terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

"Kesedaran kita masih rendah. Contohnya penggunaan botol minuman. Saya amat sakit hati jika nampak botol air yang dibuka tetapi tidak diminum dan terus dibuang begitu sahaja," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan fotografi "Genting Goes Green Flora & Fauna" di sini.

Maya Karin berkata beliau juga telah dijemput untuk menghadiri satu seminar di Australia berkaitan alam sekitar bulan depan di mana para peserta akan berkongsi pengalaman dan maklumat mengenai isu penjagaan alam sekitar.

Mengenai pertandingan fotografi itu, Naib Presiden Kanan Perhubungan Awam dan Komunikasi Resorts World Bhd, Datuk Anthony Yeo berkata pertandingan yang diadakan buat kali kedua itu bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menghargai alam sekitar.

"Pertandingan ini memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat termasuk golongan dewasa, remaja dan kanakkanak untuk berinteraksi dan menghargai alam sekitar," katanya.

Seramai 12 orang peserta dalam kategori terbuka dan pelajar dipilih sebagai pemenang di mana setiap seorang mendapat hadiah wang tunai, pakej pelancongan serta kamera digital.BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan