Adeep-Dina: Kami serasi tapi tak mungkin ‘bersama’

Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Adeep dan Dina ketika berduet lagu tema drama bersiri Datin Wan Abe. -foto The Star oleh NORAFIFI EHSAN
Adeep dan Dina ketika berduet lagu tema drama bersiri Datin Wan Abe. -foto The Star oleh NORAFIFI EHSAN

SEJAK akhir-akhir ini, salah seorang anggota The Fabulous Cats, Abdul Mutalib Nahar atau Adeep, 31, dan Dina atau nama sebenarnya Faradina Mohd Nadzir, 24, dilihat selalu berganding sama dalam industri seni tempatan.

Bak kata orang, di mana ada Dina pasti Adeep akan turut serta memeriahkan majlis dan hubungan mereka bagaikan belangkas.

Mereka dilihat mula serasi selepas membintangi teater Muzikal Impak Maksima arahan Ahmad Idham pada Disember lalu.

Selepas diganding sebagai pasangan kekasih dalam teater itu, mereka berlakon sekali dalam drama bersiri Rempit Vs Impak Maksima dan terbaru berduet menerusi lagu tema drama bersiri Datin Wan Abe.

Keserasian itu membuatkan ramai yang tertanya-tanya tentang sejauhmana hubungan mereka memandangkan pada bulan Mac lalu, Adeep dan anggota The Fabulous Cats yang lain telah menyertai pihak pengurusan di bawah naungan syarikat Dina, Soulful Symphony.

Dina juga berkata Adeep akan bekerjasama dalam menerbitkan album terbarunya nanti.

Namun, pertikaian berhubung hal itu bukanlah bermakna menunjukkan mereka berdua mempunyai hubungan sebagai pasangan kekasih sebaliknya mereka mengaku hanya seperti ‘adik-beradik’.

Dina mahupun Adeep tidak menafikan yang mereka menggunakan panggilan ‘Abang’ dan ‘Adik’ untuk membahasakan diri masing-masing.

Ditanya andai jodoh mereka ditakdirkan bersama, kedua-duanya akui tidak mungkin ‘bersama’ walaupun sekarang ini mereka tidak terlalu mendedahkan tentang status masing-masing.

Jelas Dina, Adeep terlalu ‘matured’ dan tidak sesuai untuk dijadikan pasangan hidupnya selain menyifatkan hubungan mereka ibarat ‘api bertemu api’.

Sama seperti Dina, Adeep juga berkata walaupun mereka sering berhubungan seperti abang dan adik tetapi batas pergaulan tetap ada malah dia dan Dina sudah mengetahui pilihan pasangan masing-masing.

Walaupun mereka dilihat semakin rapat selepas bekerjasama dalam Muzikal Impak Maksima, ironinya mereka telah mengenali dan berhubungan sejak lima tahun lalu.

“Saya sudah mengenali Dina sejak dia keluar dari Malaysia Idol dulu iaitu kira-kira lima tahun lalu dan bukan sejak Impak Maksima.

“Kami juga pernah membuat persembahan bersama di Singapura sebelum ini. Namun kami tidak ada apa-apa (bercinta).

“Saya pun tak tahu macam mana kami ada ‘chemistry’ untuk digandingkan bersama sejak Impak Maksima The Musical sebab kadangkala benda ni jadi tanpa kita rancang.

“Dina masuk dalam teater itu pun last minute iaitu selepas Raya. Tetapi kami tidak selalu diganding bersama kerana dia ada berlakon filem tetapi saya tidak,” jelas Adeep.

Adeep berkata dia hanya mendoakan yang terbaik buat Dina dan tidak kisah jika orang di luar mahu mempertikaikan tentang status hubungan mereka lagi selepas ini.

“Sebagai abang, saya kasihankan dia apabila dia dikutuk dan tidak suka dia tertekan.

“Jadi, kami selalu berkongsi masalah peribadi bersama namun tidak semuanya yang saya ceritakan kepadanya.

“Kami memang sangat rapat dan tidak peduli orang nak cakap macam-macam tentang kami termasuklah melabelkan kami sedang ‘couple’,” ulas Adeep yang mengakui belum mempunyai teman istimewa kerana mahu mengumpul duit terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Dina juga berkata dia tidak segan-silu untuk berkongsi tentang masalahnya dengan keluarga dan lain-lain perkara peribadi bersama Adeep.

“Saya sangat selesa dengan Adeep dan saya ni jenis jika sudah mempunyai ‘chemistry’, saya akan tegur ‘depan-depan’ dan tidak berselindung.

“Kadang-kadang, dia ada meminta pendapat tentang perempuan manakala saya ada meminta pandangannya tentang keluarga seperti saya bergaduh dengan adik.

“Lagipun, adik-beradik dan keluarga kami saling mengenali. Kami juga selalu balik kampung bersama kerana kebetulan kampung saya di Skudai, Johor dan Adeep akan balik ke Singapura.

“Saya suka Adeep hanya sebagai abang kerana kami mempunyai kepala yang gila-gila sedangkan dengan abang sendiri pun saya tak rapat seperti ini,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan