Jodie Marsh tinggalkan modeling untuk jadi pembina badan

Diterbitkan: Isnin, 1 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua pasukan Formula One Jordan, Eddie Jordan (kiri) dicium oleh model British Jodie Marsh.
Ketua pasukan Formula One Jordan, Eddie Jordan (kiri) dicium oleh model British Jodie Marsh.

JODIE Marsh sanggup meninggalkan dunia modeling untuk menjadi seorang pembina badan.

Dia lebih suka bentuk badannya kini yang lebih sasa lagi lasak selepas menghabiskan banyak masa berlatih.

"Saya mula berlatih dengan pelatih persendirian yang bernama Tim Sharp pada Disember lalu di gimnasium berhampiran," kata model berusia 30 tahun itu kepada media.

"Pada awalnya, saya hanya ingin mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan saya yang lembik di seluruh badan.

"Bagaimanapun, selepas dua minggu berlatih, saya dapat melihat otot-otot terbentuk di bahagian perut saya. Saya sangat suka dengan perubahan bentuk badan saya," tambahnya.

Kerana terlalu sukakan bentuk badannya, Marsh mempertimbangkan untuk menyertai pertandingan bina badan.

"Saya masih perlu banyak berlatih. Saya mungkin menyertai satu pertandingan bina badan pada Ogos ini.

"Untuk memastikan saya berpeluang menang dalam pertandingan itu, saya perlu mengurangkan lemak badan sebanyak 7 pound lagi," katanya dengan nada optimistik.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan