Anak Wayang: Mencari pelapis Datuk Michelle Yeoh?

Diterbitkan: Isnin, 1 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan peserta 'Anak Wayang' yang telah disenaraipendekkan
Barisan peserta 'Anak Wayang' yang telah disenaraipendekkan

SETELAH diujibakat lebih dari 4,000 calon untuk program realiti 'Anak Wayang', hanya 25 orang saja yang terpilih.

25 orang ini telah berjaya disenarai pendek setelah melalui proses pemilihan yang teliti.

Senarai peserta-peserta yang berjaya untuk bertanding bagi merebut lima watak yang telah ditetapkan akan diumumkan dalam program Dialog Anak Wayang yang telah mula bersiaran pada hari Jumaat, 29 Mei lalu, jam 9.30 malam di Astro RIA (Saluran 104).

Menurut Pengurus Saluran Astro RIA (saluran 104), Encik Khairul Mizan Shagul berkata, “Pihak produksi terpaksa melakukan proses pemilihan yang sangat teliti dengan mengambil kira semua aspek penting seperti bakat dan rupa paras yang bersesuaian agar kami tidak terlepas pandang kepada calon-calon yang benar-benar berbakat.

Kami berasa bangga apabila dapat menggunakan platform ini untuk mencungkil bakat lakonan bakal perintis yang tidak mustahil boleh mengharumkan nama negara di persada antarabangsa seperti anak watan kita, Dato’ Michelle Yeoh.

25 orang peserta yang telah disenarai pendek ini dipilih berdasarkan kekuatan untuk membawa lima watak yang dirasakan sesuai dengan peribadi masing-masing.”

25 orang peserta ini dibahagikan kepada lima buah kumpulan yang akan bertanding pada setiap minggu untuk merebut watak Jururawat, Mekanik, Pengurus acara, Kuncu samseng dan Pembantu peribadi.

Peserta-peserta yang bertanding untuk merebut watak jururawat ialah DAYANA (Nur Dayana Kamsun Baharin, 18, Kuala Lumpur), DELINA (Norria’adelina Abdullah, 22, Kedah), FEEYA (Nor Shafiza Iskandar Azizan, 20, Johor), JUWITA (Juwita Haniem Rahmat, 23, Pulau Pinang) dan WIDYA (Widya Irani Mohd Nasir, 26, Pahang).

Manakala peserta-peserta yang akan bertanding untuk watak mekanik pula ialah AFZAN (Afzan A. Rahman, 27, Pahang), AMAR (Amar Mohd Baharin, 24, Kuala Lumpur), BIEL (Syed Hasan Nabil Al-Habshi, 21, Pulau Pinang), LAN (Mazlan Mokhtar, 26, Pahang) dan LOKMAN (Lokman Sokran, 34, Johor).

EIZ (Faizatul Akmal Abdullah, 22, Kedah), FIZZ (Mohd Hafiz Firdaus Hj Mohd Noor, 22, Kedah), HAIRI (Mohd Hairi Safwan Aznan, 21, Kedah), MAI (Maisarah Sojangi, 19, Selangor) dan MEOKI (Meoki Tong May Lan, 30, Pulau Pinang) pula akan terus melakukan lakonan terbaik mereka bagi merebut watak pengurus acara.

Watak kuncu samseng pula akan direbut oleh HAFIZ (Hafiz Halim, 21, Selangor), MSREZA (Mohd Shah Rezza Abdul Rahman, 24, Johor), MURSHED (Rosli Mohd Nor, 34, Pulau Pinang), YANZ (Afian Gima, 31, Johor) dan YUZZ (Yufazli Yusof, 26, Perak).

Sementara itu, ALYNN (Noor Arlinda Lajis, 23, Johor), MIA (Nuramirah Mohd Kamil, 19, Kelantan), NURIN (Nurin Aziyana Jamali, 21, Johor), REEN (Fyzreen Damira Ahmad Farid, 22, Pulau Pinang) dan RUBY (Ooi Nor Wen, 22, Perlis) akan terus bertanding untuk merebut watak pembantu peribadi dalam drama bersiri Kecuali Cintamu.

Pada setiap minggu, para penonton dapat melihat perkembangan lima orang peserta berlatih untuk menghayati satu watak yang telah ditetapkan dalam program diari; Sesi Anak Wayang (Isnin – Rabu). Para peserta kemudian perlu meyakinkan pihak juri akan kebolehan bakat lakonan mereka di dalam program Pentas Anak Wayang pada setiap hari Jumaat. Hanya dua orang peserta terbaik pilihan juri yang layak untuk diundi nasibnya.

Para penonton akan diberi kebebasan untuk memilih peserta yang dirasakan paling layak untuk membawakan watak pilihan pada minggu itu dengan mengundi melalui sistem SMS bermula pada hari Jumaat, jam 10.30 malam sehingga hari Ahad, jam 12.00 tengah hari.

Keputusan undian SMS akan hanya diketahui dengan menonton drama bersiri Kecuali Cintamu, pada hari Isnin, jam 8.30 malam di Astro PRIMA (saluran 105). Peserta yang mendapat undian tertinggi secara otomatik akan berlakon dalam drama bersiri itu sehinggalah watak itu dimatikan atau dikembangkan pada minggu-minggu yang akan datang.

“Pada setiap minggu, kami ingin memberi penumpuan kepada watak-watak yang ingin dikembangkan. Para penonton dapat melihat perkembangan watak jururawat pada minggu pertama, watak mekanik pada minggu kedua, watak pengurus acara pada minggu ketiga, watak kuncu samseng pada minggu keempat dan watak pembantu peribadi pada minggu kelima.

Secara tidak langsung, para peserta akan lebih fokus dengan pembelajaran yang akan diketengahkan oleh tenaga pengajar. Bukan itu sahaja, para penonton juga boleh memanfaatkan ilmu-ilmu lakonan bagi menghayati sesuatu watak pada setiap minggu sekaligus menyokong inspirasi kami iaitu mendidik sambil berhibur,” ujar Khairul lagi.

Pelakon lelaki terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20; Rusdi Ramli telah diberi kepercayaan untuk mengacarakan rancangan Pentas Anak Wayang dan Bintang Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-17.

Fazura pula akan mengacarakan rancangan Dialog Anak Wayang dan Sesi Anak Wayang.

Barisan tenaga pengajar yang telah dilantik pula terdiri daripada Marlia Musa, Che Kem, Fauziah Nawi dan Hamzah Tahir yang akan memulakan berkongsi pengalaman dan ilmu seni lakonan mereka bersama para peserta yang terpilih bermula pada minggu hadapan.

Bagi menjayakan musim sulung projek Anak Wayang ini, CANON hadir menghulurkan sokongannya selaku rakan penaja, radio ERA selaku radio rasmi dan portal hiburan rasmi; murai.com.my terus hadir bagi menyemarakkan lagi projek mega Anak Wayang musim pertama ini.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web rasmi www.astro.com.my/anakwayang atau tekan butang merah “R” di alat kawalan jauh anda.

Jangan lupa untuk menyaksikan program-program realiti hebat Anak Wayang iaitu Sesi Anak Wayang pada setiap hari Isnin – Rabu, 9.30 malam dan Pentas Anak Wayang pada setiap hari Jumaat, 9.30 malam yang akan bersiaran di Astro RIA (saluran 104) dan drama bersiri; Kecuali Cintamu yang merupakan elemen penting dalam kesinambungan projek mega ini di Astro PRIMA (saluran 105) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, 8.30 malam selama satu jam.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan