Syurga Cinta raih RM1.3 juta dalam seminggu

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Heliza, Awal dan Hadziq antara bintang utama filem Syurga Cinta
Heliza, Awal dan Hadziq antara bintang utama filem Syurga Cinta

METROWEALTH (MIG) melalui filemnya yang ke-29 berjudul Syurga Cinta telah mencatat satu lagi sejarah buat syarikat dan juga industri perfileman apabila berjaya mengaut kutipan sebanyak RM1.3 juta dalam tempoh seminggu, sejak ditayangkan bermula 21 Mei lalu.

Ia adalah satu kutipan yang terbaik dicatatkan untuk tempoh lima tahun kebelakangan ini bagi filem bergenre romantik komedi. Syurga Cinta juga mencatat kutipan tertinggi bagi genre sebegini pada hari pertama melalui 54 pawagam.

Filem lakonan Awal Ashaari dan dua orang pelakon yang pertama kali di layar perak iaitu Heliza dan Adik Hadziq ini nampaknya berjaya menarik penonton dari pelbagai lapisan umur.

Filem arahan Ahmad Idham ini mengetengahkan sedikit unsur keagamaan di dalam sebuah kisah cinta remaja masa kini.

Syurga Cinta cuba mengupas kehidupan dua Melayu Islam dengan dua akidah atau pegangan yang jauh berbeza. Seorangnya mengagungkan gaya hidup barat dan seorang lagi yang masih teguh mempertahan keimanan kepada Islam dan nilai-nilai ketimuran.

Pertembungan dua gaya hidup inilah yang akan menonjolkan nilai yang akan menyentuh dan menggeletek hati para penonton. Biarpun filem Syurga Cinta ini mengutarakan kisah cinta namun, ia tetap mempunyai kekuatan dan keistimewaan tersendiri apabila ia akan digarap melalui pendekatan Islamik.

Mengulas tentang sambutan memberangsangkan ini, kata Idham, dia sendiri tidak menjangkakan genre filem seperti ini nampaknya kembali diterima penonton.

"Dalam 'kesuraman' filem-filem bercorak seperti ini, nampaknya Syurga Cinta berjaya diterima ramai. Saya hanya berharap filem ini dapat mengembalikan semula trend filem berkonsepkan cinta di kalangan penonton," ujar Idham dalam nada ceria.

Barisan pelakon yang menjayakan filem Syurga Cinta selain daripada Awal Ashaari, Heliza dan Hadziq ialah Mustapha Kamal, Dian P. Ramlee, Hisham Ahmad Tajuddin, Fizz Fairuz, Shaheizy Sam dan Wazata Zain.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan