Russell Crowe sukar keluar-masuk kereta kerana terlalu gemuk

Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Russell Crowe
Russell Crowe

PELAKON Hollywood, Russell Crowe mengakui, dia terlebih menambah berat badannya untuk memegang watak dalam filem "Body of Lies".

Walaupun Crowe pernah mengurangkan atau menambahkan berat badannya untuk pelbagai filem, dia berkata, belum pernah dia segemuk sekarang.

Akibatnya, katanya, dia sukar keluar dan masuk kereta kerana terlalu gemuk. Justeru, Crowe bercadang untuk memeriksa kesihatannya.

Dan keputusan ujian itu menunjukkan tahap kolesterolnya sangat tinggi.

"Apa yang paling menakutkan ialah perlu mengesotkan badan untuk keluar dan masuk kereta," tambahnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan