Masih berbaukah 'Mana Setangginya' selepas 10 tahun?

Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Naskah Mana Setangginya tidak boleh dirobah. Kalau dirobah, ianya akan jadi lain dan temanya pun akan jadi lain,
Naskah Mana Setangginya tidak boleh dirobah. Kalau dirobah, ianya akan jadi lain dan temanya pun akan jadi lain," kata Noordin yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu

MANA Setangginya mungkin tidak akan berbau langsung seandainya dipentaskan 10 tahun yang lalu. Mujurlah, karya agung Dato Noordin Hassan ini masih dianggap relevan walaupun sudah lama jarak waktu masa yang berlalu.

Di bawah inisiatif Ketua Pengarah Istana Budaya (IB), Mohamed Juhari Shaarani, Mana Setangginya bakal dipentaskan untuk pertama kalinya dari 13 Jun hingga 21 Jun.

"Saya anggap usaha Juhari agak berani kerana mahu mementaskan Mana Setangginya. Saya amat berbesar hati setelah sekian lama usaha itu diteruskan lagi.

"Sewaktu cadangan mementaskan Mana Setangginya 10 tahun yang lalu, IB tidak menolak skrip saya tapi saya yang tarik naskah itu setelah diletakkan beberapa syarat.

Antara lain, naskah itu perlu dirobah. Tapi jika dirobah, ianya akan jadi lain dan temanya pun akan jadi lain," kata Noordin yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu.

Halangan untuk mementaskan Mana Setangginya datang dari bermacam cara. Pernah seorang pengkritik teater yang sering menulis mempertahankan naskah Mana Setangginya dilarang menjejak kakinya ke IB. Tapi semua halangan itu sedikitpun tidak membuat dia pernah putus asa.

Tutur kata Cikgu Noordin tengahari itu begitu lembut sekali disulam dengan hemah dan kiasan, persis seorang pendidik yang cuba menerangkan sesuatu kepada pelajarnya.

"Sahabat-sahabat saya kata, nasib baik Mana Setangginya tidak dipentaskan. Kalau tidak, mungkin Mana Setangginya tidak berbau langsung.

"Saya berharap, dengan ketrampilan yang ada, pementasan kali ini akan putuskan sesuatu....sesuatu yang boleh diterima oleh semua."

DI MANA LETAKNYA KEHEBATAN MANA SETANGGINYA

Menurutnya lagi, dia tidak mahu menceritakan apa kehebatan Mana Setangginya.

Baginya, penulis sekarang kena bijak mencari dan mentafsirkannya sendiri seperti yang pernah dilakukan oleh pengkritik teater tersohor, mendiang Krishen Jit.

"Krishen akan mendatangi pementasan beberapa kali sebelum membuat reviewnya. Mula-mula dia akan mencari 'salient points' sesebuah teater itu dulu untuk gerakkan minat penonton supaya datang melihat teater.

"Kemudian dia akan datang tengok rehearsal, barulah dia menulis review," kata sasterawan negara yang sudah berusia 80 tahun ini.

Katanya lagi, skrip Mana Setangginya tidaklah begitu panjang tapi interpretasinya saja yang berbeza.

"Saya harap pementasannya tidak sampai dua jam. 1 jam setengah pun sudah cukup. Kalau ditanya tentang apa istimewa Mana Setangginya. Itu kena cari sendiri," kata Cikgu yang cukup terkenal dengan naskah-naskah hebat seperti Bukan Lalang Ditiup Api (BLDA), Sirih Bertepuk Pinang Menari, Peran, Cindai dan banyak lagi.

Kali ini, tanggungjawab mengarah teater ini diserahkan kepada Zaifri Husin, anak didik beliau yang pernah mengarah mengarah Sarah dan mono drama Angin Mengambang.

Zaifri adalah salah seorang anak murid Cikgu Noordin yang berjaya menambat hatinya untuk mengarah karya agung beliau.

Yang lain-lain seperti Sufiat Mukri, Rohani Yusoff, Adnan Hamzah dan Samad Salleh semua sudah diberi peluang mentafsirkan buah tangan Cikgu Noordin.

Dan terbaru yang akan mengikut jejak langkah kumpulan ini ialah pengkritik filem/teater Wahab Hamzah.

Wahab akan diberi peluang mengarahkan dramanya yang bertajuk, Intan Yang Tercanai dan akan dipentaskan pada 8 Julai di Dewan Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka.

JALAN CERITA MANA SETANGGINYA

Penduduk sebuah perkampungan nelayan menyara hidup dengan menangkap ikan dan menjual hasil ponhon setangginya. Nelayan ini dilarang untuk menangkap ikan pada hari Sabtu, iaitu hari beribadat.

Kumpulan nelayan yang derhaka di bawah pimpinan Hawar (lakonan Shaharuddin Thamby) telah berpindah ke atas bukit. Walaupun hidup mewah, mereka melanggar perintah. Kedatangan Uzza (Iqbal Taufik) selaku orang asing telah membawa falsafah baru dalam kehidupan mereka.

Juda (Tony Eusoff), iaitu anak Hawar mengahwini kekasihnya Iriam (Sabrina Ali), iaitu anak Ibra (Azman Abu Bakar). Tetapi Silbi (Mohd Nor Fatih)dan Subhat (Rudy De Luna Jr) menabur fitnah akan asal usul Iriam. Juda bermuka-muka akan kebaikannya untuk mengaburi penduduk kampung. Lalu, dia dan ayahnya mengiktirafkan kedudukan mereka sebagai 'raja'.

Paderi yang menasihatkan Hawar dan Juda telah ditangkap oleh Uzza. Ibra dan Iriam datang membebaskan paderi tapi telah dikenakan syarat 10 bakul ikan sebagai tebusan. Iriam juga diserahkan kepada Uzza dengan persetujuan Juda.

Tiba-tiba turunlah ribut yang maha dashyat serta halilintar yang membelah suasana. Belut gergasi yang dibela Uzza akhirnya memakan tuannya serta membunuh Hawar. Akhirnya, Juda telah pun menemui sodom wa gamurahnya.

ILHAM MANA SETANGGINYA DARI BUKAN LALANG DITIUP ANGIN

Ketika ditanya oleh wartawan Sidek dari Utusan Jawi, bagaimana dia mendapat ilham membuat Mana Setangginya, wajah Cikgu Noordin bagaikan teruja untuk menceritakan titik mula dia didatangi inspirasi menulis naskah ini. "Ketika saya menjadi guru di MPSI (Maktab Perguruan Sultan Idris) Tanjung Malim dulu, saya selalu dinasihatkan jangan tulis sesuatu yang sensitif kerana takut diISAkan. Jadi karya saya banyak menggunakan metafora dan simbol.

"Tapi bila saya menulis Bukan Lalang Ditiup Angin (BLDA), banyak pemimpin-pemimpin ketika itu seperti Allahyarham Tun Razak tidak kata apa-apa.

"Saya bukan seorang yang rasis, buktinya isteri saya berbangsa Cina. Pada saya hanya ada dua jenis manusia - yang baik dan yang kurang baik," katanya.

Sewaktu Cikgu Noordin melihat senario pada ketika itu, yakni tragedi perkauman 13 Mei 1969, berdetik di dalam hatinya, orang Melayu kena sedar sikit. Justeru di dalam BLDA, dia menggunakan metafora yang berbunyi..."Bunyi berdentum, mungkinkah hujan. Bukan Lalang Ditiup Angin."

"Tidak sangka pula selepas 40 tahun, satu dentuman yang lebih dasyat akan berlaku tapi sekarang, bukan lagi lalang.... Saya terkenang satu formula. Saya sering membaca kisah Yahudi dalam kitab Taurat. Yang menariknya orang Yahudi dilarang tangkap ikan pada hari Sabtu (Sabbath day) kerana itu hari beribadat.

"Jadi mereka kepung ikan pada hari Jumaat. Bayangkan undang-undang Tuhan pun diputarbelitkan. Manusia selalu bersandarkan pada Tuhan sejak azali lagi. Apapun bala dan bencana yang berlaku semuanya petanda dosa manusia pada Tuhan," katanya.

Sambungnya lagi, "Untuk mengajar manusia, banyak cerita yang dibuat dan direka seperti cerita 'Sodom and gamorah'. Arkeologi mendapati, cerita ini tidak pernah berlaku?"

"Sekarang kita lihat sendiri, orang Melayu yang akan rosakkan orang Melayu seperti DEB dieksploitasikan bila diguna dengan cara tertentu. Apa yang berlaku pasal Yahudi tidak tangkap ikan pada hari Sabtu ada kaitan dengan BLDA," kata Cikgu Noordin.

SEMUA NASKAH ADA KAITAN DENGAN ISU YANG MELANDA

Bekas pensyarah ini juga berkata keseluruhan teater yang dihasilkan ada kaitan dengan isu yang melanda.

"Setiap insiden ada penggeraknya seperti Sirih Bertepuk Pinang Menari (tentang kerajaan yang bergolak), Peran (DEB dan sindrom andropos yang dihadapi kaum lelaki), Cindai (kisah Umno yang dibubarkan dan dihadapkan ke mahkamah)," katanya lagi.

Cikgu Noordin juga suka sekiranya naskahnya mendapat tafsiran berbeza dari pihak media.

"Mula-mula baca skrip dulu, lepas tu cari terjemahan. Kemudian barulah cari tafsirannya. Baru boleh faham. Pemahaman juga berperingkat-peringkat. Ada yang elementari, secondary dan seterusnya.

"Ni Zaifri sedang bergelut hendak tafsirkan Mana Setangginya?," kata Cikgu Noordin.

Dan di situlah letaknya kehebatan karya Cikgu Noordin di mana falsafah dan banyak elemen-elemen yang tersirat di dalamnya.

Seperti kata Cikgu Noordin memetik sepotong ayat dari al Quran, "Manusia dijadikan di tahap yang tinggi tetapi kembali kepada Tuhannya dalam tahap yang serendah-rendahnya."

Mana Setangginya akan dipentaskan dari 13-21 Jun 2009 pada pukul 8.30malam di Panggung Sari, Istana Budaya. Semua tiket berharga RM30, RM50, RM70 dan RM100. Dapatkan potongan diskaun 30% untuk tiket RM70 dan RM100 sebelum 31 Mei

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan