Derita arwah nenek dorong Noryn Aziz sertai 'Relay for Life KL 2009'

Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

- foto MSTAR oleh AU YEONG HOW
- foto MSTAR oleh AU YEONG HOW

PENGALAMAN melihat neneknya menderita akibat kanser payu dara menggerakkan hati selebriti Noryn Aziz untuk menyokong acara amal 'Relay for Life Kuala Lumpur' (RFL KL) 2009 pada 30-31 Mei 2009 di Stadium Latihan Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil.

Noryn memberitahu, ketika itu dia berumur 17 tahun dan dia tidak dapat melupakan pengalaman menyayatkan hati itu.

"Bayangkan kanser payu dara itu 'memakan' bahagian dadanya sehingga ternampak peparu dan jantung berdegup kencang. Saya dapat rasakan betapa seksanya dia membuat kemoterapi.

"Tangannya bengkak dan dia juga mengalami strok. Dari situ, lahirlah keinsafan untuk membantu mereka yang menghidap kanser ketika kita masih sihat," katanya pada pelancaran acara amal tersebut di Pusat Membeli-Belah Bangsar, semalam.

RFL KL 2009 merupakan acara berjalan atau berlari di balapan selama 16 jam tanpa henti-henti. Ia bermula dari 30 Mei (6 p.m.) hingga 31 Mei (10 a.m.).

Setakat ini, sebanyak 50 artis telah mendaftarkan diri untuk menyertai acara amal itu. Antaranya, Alan Bligh, Altimet, Marion Caunter, Yasmin Yusuff, Sharifah Sofia, Jaclyn Victor, Jehan Miskin dan Jessy Chahal.

Menurut Noryn, dia sememangnya akan memberikan keutamaan terhadap aktiviti amal sedemikian kerana program itu adalah satu cara terbaik untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa kanser.

Katanya, datuknya yang pernah menghidap tumor otak menguatkan azamnya lagi untuk terus menghulurkan bantuan kepada mangsa kanser dan ahli-ahli keluarga tersayang mereka.

"Gaya hidup kita telah berubah dan kita tidak sedar kanser boleh "menyerang" sesiapa dan tanpa pengetahuan kita," ujar Noryn.

Tambahnya, dia juga pernah membuat pernah membuat persembahan untuk konflik di Timur Tengah menyanyi bersama beberapa artis di situ.

Sementara itu, Sharifah Sofia berkata, dia menyertai RFL KL bukan atas status selebritinya tetapi kesedarannya untuk membantu mangsa-mangsa kanser.

"Saya akan menyertai lap selebriti, menjual flicker light dan bergambar untuk mengutip derma," katanya.

Dalam pada itu, pengacara Oo La La, Sazzy Falak berkata, dia tidak teragak-agak untuk menyertai RFL KL buat kali kedua kerana sedih melihat kenalannya yang menderita akibat kanser.

"Memandangkan betapa besar impak kanser terhadap kehidupan seseorang itu, kenapa tidak saya menyertainya?" katanya yang akan membuat penggambaran filem di bawah Line Clear Motion Pictures pada Jun ini dengan Profesor Razak.

Malah Sazzy berkata, dia akan turut membawa bersama suaminya dan menjemput artis-artis lain ke acara amal tersebut.

Sementara itu, bekas Miss Malaysia India Worldwide 2002 Jessy Chahal berkata, RFL KL menyediakan platform terbaik untuk memahami penderitaan mangsa-mangsa `the silent killer' itu.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan