Lily Allen nafi bercinta dengan pemuzik

Diterbitkan: Rabu, 27 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lily Allen
Lily Allen

BINTANG popular, Lily Allen menafikan desas-desus bahawa dia kini sedang berpacaran dengan pemuzik, Daniel Merriweather.

Ini kerana dakwa Lily, dia sudah lama tidak temui Daniel. Kali terakhir setahun yang lalu.

Allen dikatakan jatuh cinta kepada Merriweather selepas diperkenalkan oleh kawan rapat Mark Ronson.

Bagaimanapun, menurut laporan media, Allen telah menjelaskan perkara tersebut di laman sosial Twitter.com bagi menghilangkan khabar angin tersebut.

Dia juga telah berjumpa dengan Merriweather selepas tidak menemuinya sejak Festival Glastonbury, Jun lalu di England.

Dia menulis kepada Merriweather: "Nampaknya, kita gembira bersama-sama sekarang. Saya telah tidak berjumpa dengan anda sejak tahun lepas. Anda baik?"

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan