Project N.S bersama Diana, Suki dan Alif di 8TV Jumaat ini

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Project N.S merupakan sebuah dokumentari yang membabitkan tiga selebriti remaja kita iaitu Diana Danielle (Pelakon & Model), Alif (Penyanyi, Pengacara dan Pemenang tempat ketiga One In A Million Musim Pertama) dan Suki (Penyanyi dan Juara One In A Million Musim Pertama)
Project N.S merupakan sebuah dokumentari yang membabitkan tiga selebriti remaja kita iaitu Diana Danielle (Pelakon & Model), Alif (Penyanyi, Pengacara dan Pemenang tempat ketiga One In A Million Musim Pertama) dan Suki (Penyanyi dan Juara One In A Million Musim Pertama)

APAKAH yang bakal berlaku apabila anda meletakkan tiga orang bintang di Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)? Mei ini anda dapat menyaksikan sendiri pengalaman menarik tiga selebriti popular ini ketika menyertai PLKN dalam rancangan terbaru terbitan 8TV – Project N.S!

Project N.S akan menemui anda pada 29 Mei 2009 jam 9.30 malam hanya di saluran hip 8TV!

Project N.S merupakan sebuah dokumentari yang membabitkan tiga selebriti remaja kita iaitu Diana Danielle (Pelakon & Model), Alif (Penyanyi, Pengacara dan Pemenang tempat ketiga One In A Million Musim Pertama) dan Suki (Penyanyi dan Juara One In A Million Musim Pertama).

Menurut Y.Bhg. Dato’ Abdul Hadi Bin Awang Kechil, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Kementerian Pertahanan “Kami cukup berbesar hati dapat bekerjasama dengan 8TV untuk menerbitkan dokumentari mengenai perjalanan latihan PLKN bagi memberi gambaran sebenar sesi latihan dan kehidupan mereka di sini”

Beliau menambah “Selama ini ramai yang mendapat gambaran yang salah tentang PLKN ini dan kebanyakan pelatih kurang berminat untuk penyertai program sebegini. Ibu bapa juga kurang memberi galakan kerana banyak berita-berita negatif tersebar. Namun dengan adanya Project N.S di 8TV ini, saya berharap ia dapat mengubah persepsi masyarakat tentang PLKN ini,”

Anda dapat mengikuti perjalanan dan pengalaman ketiga-tiga selebriti ini sewaktu mereka menjalani PLKN seperti remaja-remaja lain. Tiada sebarang keistimewaan yang diberikan kepada ketiga-tiga selebriti muda ini kerana layanan sama rata diberikan kepada semua pelatih.

Ketiga-tiga selebriti ini ditempatkan di Kem Princess Haliza yang merupakan kem yang dibuka untuk kemasukan ke-2 PLKN tahun ini. Kem ini menempatkan seramai 440 orang pelatih yang datang dari setiap pelosok yang terdiri dari bebilang kaum, bangsa dan agama.

PLKN merupakan sebuah program yang perlu dijalani oleh pelajar-pelajar lepasan SPM bagi membina karaktor pelatih-pelatih supaya menjadi insan yang lebih baik dan berguna untuk masyarakat. Program ini turut menerapkan modul kenegaraan mengenai pembentukan negara untuk menerapkan sifat patriotisme dalam diri pelatih. Kesemua pelatih diwajibkan menjalani sesi latihan di PLKN selama 85 hari.

PLKN juga mengajar pelatih untuk lebih berdikari disamping meningkatkan semangat berpasukan. Mereka juga boleh bertukar-tukar fikiran dan mengenali budaya dan agama dalam sebuah subjek khusus yang telah disediakan. Pelatih-pelatih juga banyak didedahkan dengan khidmat komuniti kerana mereka merupakan sebahagian dari masyarakat.

Project N.S yang diterbitkan khas untuk remaja ini telah menjalankan sesi rakaman sejak 19 Mac 2009 yang lalu. Pemilihan Kem Princess Haliza ini dibuat kerana Diana Danielle telah dipilih ke kem ini dan untuk memudahkan sesi rakaman dilakukan, Aliff dan Suki juga telah ditempatkan di kem yang sama.

Diana Danielle yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini kelihatan begitu bersemangat dan ceria sewaktu ditemui di Majlis menandatangani MOU diantara 8TV dan PLKN baru-baru ini.

“Pada awalnya, saya sedih untuk tinggalkan mama kerana tidak pernah berenggang dengannya. Perasaan takut juga sering bermain-main di fikiran, namun segalanya berubah setelah beberapa hari menjalani program ini,” ujar Diana.

“Saya cukup teruja dengan setiap latihan yang dijalankan dan gembira kerana dapat berkenalan dengan ramai kawan baru yang terdiri dari berbilang kaum dan agama,” tambah Diana lagi.

Menariknya Diana Danielle telah dilantik sebagai Timbalan Penghulu Wirawati selepas seminggu PLKN dijalankan. Pemilihan Diana dibuat berdasarkan prestasi beliau selama berada di PLKN. Sikap beliau yang sentiasa bersungguh-sungguh, penuh dedikasi dan disenangi oleh pelatih-pelatih lain merupakan salah satu faktor pemilihan beliau sebagai Timbalan Penghulu Wirawati.

“Program N.S ini diharap dapat membuka mata kepada semua remaja tentang kebaikan menyertai PLKN ini. Program ini juga sedikit sebanyak dapat memberikan tips-tips yang berguna dan mengelakkan rasa takut remaja-remaja yang bakal mengikuti PLKN di masa hadapan,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

“Pembabitan Diana, Alif dan Suki di dalam program ini ternyata tepat kerana mereka merupakan ikon remaja yang cukup popular masa kini. Selain memaparkan aktiviti harian mereka di PLKN program sebegini juga cukup bagus kerana memberikan gambaran sebenar kepada masyarakat,” tambah Kim.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan program terbaru Project N.S pada 29 Mei 2009 jam 9.30 malam hanya di 8TV!

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan