Cinta baru buat Pamela lebih berseri

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pamela tetap seksi walaupun berusia 41 tahun
Pamela tetap seksi walaupun berusia 41 tahun

SIAPA yang tidak kenal dengan pelakon Baywatch, Pamela Anderson? Selain kisah kahwin cerainya yang mendapat liputan meluas pihak media, Pamela sering menghiasi dada akhbar kerana kemontokan susuk tubuhnya.

Walaupun sudah berusia 41 tahun dan mempunyai dua orang anak, Pamela masih lagi kelihatan menarik dan seksi.

Terbaru, bintang yang pernah menjadi penghias majalah 'Playboy' ini kelihatan mengenakan bikini berwarna merah jambu ketika bersantai dan bermandi manda di pantai Malibu.

Kulitnya yang mulus dan berwarna 'tan' dek sinaran matahari kelihatan berseri sekali. Ramai yang meneka, ini mungkin disebabkan Pamela sedang dilamun cinta dewasa ini.

Setelah mengalami penceraian sebanyak tiga kali dan patah hati, kini Pamela sedang diulit cinta bersama jurueletrik Jamie Padgett, 42 tahun.

Kedua mereka khabarnya bertemu awal tahun ini dan kini sudahpun tinggal bersama.

Pamela, yang pernah bercinta dengan lagenda T4 Lothario Steve Jones, mula berkahwin pada tahun 1995.

Dia berkahwin dengan rocker Tommy Lee setelah bercinta selama 96 jam. Mereka mempunyai dua anak lelaki dan bercerai pada tahun 1998.

Pada tahun yang sama, Lee yang juga pemain drum Motley Crue telah dipenjara selama enam bulan kerana mencederakan Pamela. Disebabkan Lee juga, Pamela telah dijangkiti dengan virus Hepatitis C virus.

Tiga tahun kemudian, Pamela berkahwin pula dengan ahli muzik Kid Rock.

Namun perkahwinan ini hanya bertahan selama empat bulan saja. Pamela sempat rujuk kembali kepada Tommy Lee tetapi akhirnya memilih bekas teman lelaki Paris Hilton, Rick Salomon sebagai suami ketiganya.

Jangka hayat perkahwinan ini juga hanya bertahan selama empat bulan saja.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan