Antara cinta muslihat dan cinta pertama dalam 'Flaming Butterfly'

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

STESEN televisyen kegemaran anda 8TV membawakan kepada anda sebuah drama bersiri yang cukup hebat Flaming Butterfly menerusi slot ‘Best of The East kami’!

Flaming Butterfly disiarkan bermula 21 Mei 2009 setiap Isnin hingga Jumaat jam 8.30 malam.

“Ini merupakan sebuah drama yang cukup hebat mengisahkan tentang cinta, keluarga dan susah payah dalam menempuh kehidupan,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Drama ini bermula di sebuah mahkamah apabila hakim memutuskan bahawa Cheung Hock Yu yang telah diculik tiga tahun lepas disahkan mati.

Isteri beliau, Fok Sum Yi tidak dapat menerima hakikat itu dan terus menghilangkan diri petang itu dan meninggalkan sepucuk surat yang mengandungi bait lirik Old Black Joe.

Sum Yi datang dari sebuah keluarga yang kaya raya namun keluarganya jatuh muflis apabila harga saham jatuh merundum. Bapa Sum Yi akhirnya membunuh diri kerana tidak berkemampuan menanggung kehidupan mereka sekeluarga. Sum Yi kemudiannya mencuba mengasah bakat dalam bidang lakonan.

Namun jalan yang dipilih tidak semudah yang disangkakan. Banyak halangan yang terpaksa ditempuhi untuk berjaya dalam bidang lakonan. Sum Yi kemudiannya berjumpa dengan cinta pertamanya Cheung Hock Yu.

Kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk berkahwin walaupun perkahwinan mereka ditentang hebat oleh keluarga Hock Yu.

Sum Yi yang penuh dengan muslihat akhirnya berjaya memenangi hati keluarga Hock Yu sehingga dapat memegang jawatan tinggi dalam syarikat korporat milik keluarga Hock Yu.

Hubungan Sum Yi dan Hock Yu semakin renggang kerana Sum Yi sibuk menguruskan hal syarikat. Sikap Sum Yi kurang disenangi dan mempunyai banyak musuh dalam perniagaan sehingga menyebabkan Hock Yu diculik.

Pihak polis akhirnya berjaya menangkap penculik yang menculik Hock Yu. Menurut penculik tersebut, Hock Yu berjaya melepaskan diri dan terkena tembakan kemudiannya jatuh ke gaung.

Percubaan mencari Hock Yu gagal dan polis hanya menjumpai sehelai baju milik Hock Yu yang dipenuhi darah.

Setelah disahkan mati oleh mahkamah kesemua harta Hock Yu perlu diagihkan-agihkan kepada keluarga terdekat.

Keluarga Hock Yu cukup gembira apabila nama Sum Yi tidak tertulis di dalam wasiat Hock Yu. Namun, harta kekayaan Hock Yu akan diberikan kepada Sum Yi sekiranya beliau masih memakai cincin perkahwinan mereka.

Sum Yi kemudiannya disahkan sebagai waris terbesar untuk harta-harta Hock Yu setelah pihak mahkamah mendapati beliau sentiasa memakai cincin perkahwinan.

Setelah berjaya mendapatkan kesemua harta, Sum Yi tiba-tiba menghilangkan diri. Sum Yi kembali ke tempat tinggal beliau semasa kecil dan cuba mengingati dan menikmati saat-saat manis beliau di situ.

Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk dan beliau terharu melihat seseorang yang cukup dikenali berada di depan pintu rumahnya....

Pelakon-pelakon terdiri daripada Rain Li, Michael Tong, Monie Tung, Anson Leung, Cherie Chan, Winnie Shum, Joyce Chen, Priscilla Chik, Amy Fan, Lulu Ng, Elena Kong, Kenneth Tsang, Patricia Liu, Lo Hoi Pang, Willim Chow dan Zuki Lee.

Untuk mengetahui siapakah yang datang untuk bertemu dengan Sum Yi, saksikan Flaming Butterfly yang akan disiarkan dari Isnin hingga Jumaat bermula 21 Mei 2009 jam 8.30 malam hanya di 8TV. Siaran 8TV juga boleh ditonton melalui saluran 708 Astro.

Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan