Akim dan Aril AF7 terpaksa berahsia tentang urusan di Indonesia

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Akim dan Aril ketika ditemubual selepas melakukan persembahan di majlis resepsi Adlin dan Emelda di Ipoh baru-baru ini. -foto mStar oleh SITI AZIRA
Akim dan Aril ketika ditemubual selepas melakukan persembahan di majlis resepsi Adlin dan Emelda di Ipoh baru-baru ini. -foto mStar oleh SITI AZIRA

PADA Isnin lalu, naib juara Akademi Fantasia (AF) musim ke-7, Aril atau Khairil Azam Pilus dan pemenang ke-3, Akim atau Afiq Hakim Ahmad telah diterbangkan ke Indonesia.

Sekembalinya ke Malaysia selepas menghabiskan masa dalam enam hari di Indonesia, Akim dan Aril masih membisu tentang urusan mereka di sana.

Jelas Akim, pihak Astro Entertainment Sdn. Bhd. yang menghantar mereka ke sana dan segala urusan yang dilakukan perlu dirahsiakan terlebih dahulu.

“Saya dan Aril telah pergi ke Indonesia atas arahan pihak AESB namun kerja yang diberikan itu belum mencapai apa-apa keputusan.

“Kami juga tak boleh cerita kerana kerja ini ‘private and confidental’. Apa-apa kita kena berhubung dengan AESB,” jawab Akim.

Dia turut enggan mengiyakan berhubung dakwaan mengatakan mereka terlibat dengan projek lakonan di sana.

Begitu juga dengan Aril yang lebih gemar bercerita tentang percutian mereka di sana memandangkan kedua-duanya baru pertama kali menjejakkan kaki ke Bumi Garuda.

“Kira satu minggu berada di sana, kami melalui pengalaman yang menyeronokkan apabila dapat beramah mesra dengan orang Jakarta.

“Satu pengalaman yang berbeza kerana kami baru pertama kali ke sana. Jadi, kami agak teruja apabila dapat pergi ke negara jiran,” kata Aril.

Selepas pulang dari Indonesia, mereka hanya sempat meletak bagasi di rumah baru mereka di Kuala Lumpur dan terus diterbangkan ke Ipoh untuk membuat persembahan di majlis resepsi perkahwinan pengritik tetap AF7 Adlin Aman Ramlie dan aktres Emelda Rosmila Abdul Hamid.

Walaupun mereka belum sempat beramah mesra dengan keluarga dan peminat tersayang, Aril dan Akim merasakan majlis itu sebagai peluang mereka untuk membayar hutang kepada peminat.

“Dapat menyanyi di majlis Abang Adlin memberikan pengalaman baru buat kami selain dapat memenuhi permintaannya.

“Rakan-rakan AF7 yang lain seperti Hafiz telah membuat aktiviti yang ditetapkan oleh AESB,” ujar Aril.

Sementara itu, Akim berkata dia langsung tidak mengetahui apa yang berlaku kepada peminat di Malaysia selepas dia dan Aril diterbangkan ke Indonesia.

“Saya memang nak tahu tetapi apakan daya. Apabila dapat berjumpa dengan peminat pada hari ini (Sabtu lalu), saya rasa seronok bila tengok mereka gembira.

“Walaupun penat, apabila diberi peluang untuk menyanyi kami rasa sangat bertenaga sehingga hilang segala penat,” luahnya.

Namun, selepas masing-masing menyampaikan tiga buah lagu dan sebuah lagu duet, mereka terus diterbangkan ke Kuala Lumpur semula kerana terikat dengan jadual kerja yang diatur oleh pihak AESB.

Oleh itu, semua peminat yang menanti peluang untuk bergambar dengan Aril dan Akim terpaksa menyimpan dulu hasrat itu apabila melihat mereka dibawa pergi dengan kawalan ketat oleh pasukan Rela.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan