Rosyam: Pemilihan 20 finalis PILIH KASIH telus

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rosyam Nor (tengah) bersama 20 finalis PILIH KASIH. - foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN
Rosyam Nor (tengah) bersama 20 finalis PILIH KASIH. - foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN

ADAKAH anda pelakon yang saya cari? -Rosyam Nor. Mungkin kata-kata perangsang ini sudah acapkali didengar sejak promosi program realiti ini bermula.

Seramai 20 anak muda yang berbakat, berkarakter dan bersemangat terpilih sebagai pelakon yang dicari untuk program realiti, Pilih Kasih.

Mereka dipilih daripada hampir 5,000 peserta yang mencuba nasib sepanjang 10 hari sesi uji bakat di tujuh bandar utama di seluruh negara.

Mereka terdiri daripada Iqbal Mazlan (Muhammad Iqbal Mazlan), Zulin Aziz (Farah Azleenda Abdul Aziz), Aris Yamin (Afi Faris), Nabila Dally (Nabilah Ali Dally) dan Indera Hafiz (Abdul Hafiz Abdul Halim), Shania (Nurul Ainshah Zulkifli) dan Ahdan (Mohd. Shahdan Salleh).

Lain-lain peserta termasuk Bea Rameshan (Rabiatul Balqis Rameshan), Diwan Nawi (Mohamad Redzuan Rosli), Ana Dahlia (Diyana Mastura Jaafar) dan Sofian Bujang (Mohamad Sofian Bujang), U. Haizah (Ayu Ruhaizah Rosly) dan Ray Redzuan (Ray Redzuan Awang).

Turut terpilih ialah Emilie Hanif (Puteri Emelia Norfarihin Mohd. Hanif), Khafie (Mohd. Saqafi Jubar), Wanina Zaki (Nur Raihan Mat Zaki), Reza Hasbi (Mohamad Ridzuan Hasbullah), Fiona Benard (Laurendia Fiona Benard), Aman Sharoni (Abdul Rahman Shahroni) dan Zara Suriana (Bibi Norsarah).

Bercakap kepada sidang media pengenalan 20 finalis PILIH KASIH tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini, Rosyam berkata, finalis tersebut dipilih berdasarkan kepada pengamatan lima juri.

"Yang tidak terpilih bukan mereka tidak bagus, tetapi tuah mereka sendiri. Inikan realiti show? Bukan sahaja bakat dan penampilan diambil kira (daripada perspektif saya semata-mata), kita mempunyai lima juri yang memilih mereka.

"Mereka dipilih mengikut jumlah markah yang dia dapat. Biodata mereka dirahsiakan. Kita hanya menguji masa penggambaran semasa sesi uji bakat sahaja," katanya.

Memberikan contoh ketelusan proses pemilihan tersebut, Rosyam berkata, pihaknya hanya sedar terdapat sepasang adik-beradik dari Sabah dalam kalangan finalis tersebut.

"Kita tidak boleh membuat apa-apa selepas pengadilan dibuat. Walaupun seolah-olah pilih kasih, PILIH KASIH sebenarnya tidak pilih kasih (dalam soal pemilihan 20 finalis tersebut)," katanya secara jujur.

Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. serta Radio Televisyen Malaysia (RTM) merupakan penerbit bersama PILIH KASIH sementara Telekom Malaysia (TM) selaku penaja utama.

Sementara itu, Rosyam memberitahu, TM menggunakan portal jalur lebarnya iaitu Hypp.TV di http://www.hypp.tv bagi menayangkan kandungan menarik program PILIH KASIH.

Katanya, misalnya, semua episod siaran langsung Pentas Pilih Kasih berserta episod uji bakat. Ia turut menyediakan siaran ulang tayang program tersebut.

"Terdapat juga klip-klip video eksklusif adegan di belakang tabir, berita terkini program Pilih Kasih, undian harian, galeri foto, komen juri, berinteraksi melalui ruangan chat bersama finalis.

"Ia turut menyediakan Peraduan Pilih Kasih Hypp.TV 2009. Lapan peraduan online mingguan dan satu peraduan online peringkat akhir. Untuk mengambil bahagian, orang ramai boleh mendaftar di http://www.hypp.tv," katanya.

Kedudukan setiap peserta PILIH KASIH ditentukan menerusi undian SMS.

Cara-cara untuk mengundi para peserta PILIH KASIH adalah seperti berikut:

Masa dan tarikh tayangan program PILIH KASIH:

Kisah PILIH KASIH (macam Diari) - setiap Isnin hingga Khamis dari 4.30 petang hingga 5.00 petang dengan siaran ulangannya

pada 9:00 malam (ASTRO 180) atau 1.00 pagi hingga 1.30 pagi (TV2).

Pentas PILIH KASIH - 8.30 malam - 10.30 malam (TV2)

Apa kata finalis PILIH KASIH?

>> Ray Redzuan Awang:

"Saya ingin membuktikan saya bukan sahaja boleh menari, tetapi berlakon."

>> Ahdan

"Sebelum ini, pernah menjadi penyanyi rakaman dan membuat persembahan nyanyian di dalam program realiti bersama kumpulan Flava.

"Maka, ini adalah platform terbaik untuk mengembangkan bakat lakonan saya pula. Kami telah mendapat garis panduan untuk menjadi pelakon dan kami menjadikan Rosyam Noor sebagai ikon sebenar kami."

>> Wanina Zaki

"Walaupun saya tidak mempunyai basic (asas) dalam bidang lakonan, dengan bantuan tenaga pengajar yang berkebolehan, saya yakin dapat menjadi pelakon yang hebat."

>> U. Haizah

"Pensyarah, Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Dekan dan Timbalan Dekan Universiti Malaysia Sabah (UMS) memberikan galakan kepada saya.

"Menurut mereka, PILIH KASIH boleh dijadikan platform untuk menapak ke hadapan," kata pelajar tahun tiga UMS kursus teater dan filem ini.

>> Shania

"Ia lebih kepada mengekalkan penampilan diri. Kalau ada bakat. Insya-Allah, kita buat yang terbaik," kata satu-satunya peserta perempuan bertudung.

>> Zulin Aziz

"Tenaga pengajar akan menjadikan kami versatile (serba boleh) di atas pentas."

>> Emilie Hanif

"Saya ingin mencontohi Datuk Siti Nurhaliza yang berkeperibadian tinggi."

>> Fiona Benard (Laurendia Fiona Benard)

"Disiplin, bakat, minat dan usaha adalah kunci kejayaan dalam PILIH KASIH."

>>> Adik-beradik: Khafie dan Zara Suriana

"Ini bukanlah pertandingan adik-beradik, tetapi jalan ke arah memperbaiki taraf hidup kami."

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan