Posh 'liar' di bilik tidur kerana formula baru kesihatan

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Posh gembira dapat menguruskan badan dan memperolehi semula wajah mudanya
Posh gembira dapat menguruskan badan dan memperolehi semula wajah mudanya

VICTORIA Beckham telah pun memulakan rejim senaman baru yang difahamkan menjadikan bintang pop itu `liar' di bilik tidur.

Victoria yang menguruskan badan untuk iklan seluar dalam jenama Armani begitu teruja dengan bentuk tubuhnya.

Ekoran itu, dia ingin menarik perhatian suaminya, David Beckham yang juga pemain bolasepak Real Madrid, musim ini.

"Dia mendapati tubuh badannya sekarang begitu memberahikan dan ingin David melihatnya sekerap mungkin," menurut sumber.

Sementara itu, ibu kepada tiga anak itu gembira untuk menguruskan tubuh badan dan memperolehi semula wajah mudanya.

"Sebagai seorang ibu berusia 35 tahun, saya kelihatan okey," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan