Natalie Cole beransur pulih selepas pemindahan buah pinggang - Berita Hiburan | mStar

Natalie Cole beransur pulih selepas pemindahan buah pinggang

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Natalie Cole beransur pulih setelah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang
Natalie Cole beransur pulih setelah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang

PENYANYI Natalie Cole yang menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang di Los Angeles baru-baru ini, kini sedang beransur pulih.

Artis berusia 59 tahun itu menghidap sakit buah pinggang ekoran penyakit Hepatitis C yang dijangkitinya semasa menjadi penagih heroin suatu ketika dulu.

Pemenang Anugerah Grammy sebanyak lapan kali telah menerima rawatan sejak September tahun lalu.

Dia kini berada dalam senarai menunggu pesakit yang ingin mendapatkan organ gantian.

"Buah pinggang itu berasal dari seorang penderma. Ia diperolehi menerusi agensi pencarian organ - One Legacy," wakil artis itu memberitahu perkara itu dalam satu kenyataan.

Cole dijangka beransur pulih dalam tempoh tiga hingga empat bulan. Dia sedang merancang untuk menjadualkan semula tarikh promosi albumnya, Still Unforgettable pada musim panas.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan