Mak Mah doakan cinta Adlin-Emelda kekal

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Emelda dan Adlin di majlis berinai. -foto mStar
Emelda dan Adlin di majlis berinai. -foto mStar

IBU mana yang tidak menitiskan air mata tanda gembira apabila anaknya selamat dinikahkan.

Begitu juga dengan aktres Ruminah Sidek atau Mak Mah yang sebak ketika bersalaman serta mencium pipi anaknya, Adlin Aman Ramlie dan menantu, Emelda Rosmila selepas mereka dinikahkan pada Jumaat lalu.

Kata Mah Mah, dia berasa sedih kerana Adlin tidak sempat merasai kasih sayang seorang ayah dari kecil.

“Hanya doa mengiringi anak yang tak pernah meminta duit daripada seorang ibu. Saya hanya melahirkan sahaja dan apa sahaja yang dia ada sekarang semuanya atas usaha sendiri.

“Jodoh dia juga sudah macam itu dan saya berkenan dengan Emelda yang lemah-lembut,” luah Mak Mah.

Dalam bersedih, ibu tua ini sempat menitipkan kata-kata nasihat kepada Adlin supaya berhati-hati menjadi seorang suami.

“Kalau dia tak mampu, jangan buat. Namun, saya doakan semoga cintanya kekal seperti bunga-bunga kehidupan yang ingin dikasihi dan dihidangkan.

“Jangan menjadi seorang suami yang bersifat durjana dan hargai kasih sayang wanita,” pesan Mak Mah ringkas.

Mengimbas kembali saat dua tiga hari sebelum Adlin dinikahkan, Mak Mah berkata dia jelas melihat kesungguhan dalam diri anaknya itu.

“Saya nampak perubahan Adlin begitu bersungguh-sungguh untuk berkahwin dan dia juga redha dengan apa yang berlaku dalam hidup,” kata Mak Mah.

Mak Mah juga sempat menasihati Emelda supaya menjadi seorang isteri yang sentiasa menghormati suaminya.

“Kadangkala, kita akan nampak kekurangan suami namun lelaki masih ingin dihormati.

“Walaupun kita hebat, perhatian terhadap seorang suami harus dijaga dan pakaian seorang perempuan adalah sabar,” akhiri Mak Mah sambil tersenyum.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan