Kerisauan Adlin untuk memiliki Emelda berakhir

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Adlin dan Emelda dinikahkan pada 22 Mei lalu di Ipoh, Perak. -foto mStar
Adlin dan Emelda dinikahkan pada 22 Mei lalu di Ipoh, Perak. -foto mStar

SEBELUM mendirikan rumah tangga, setiap insan pasti merasai pelbagai cabaran dan memikirkan pelbagai perkara mendatang yang akan berlaku sehingga terdetik kerisauan di hati.

Begitu juga pengarah dan pelakon Adlin Aman Ramlie, 37, yang melalui detik-detik itu sebelum sah bergelar suami kepada ratu hati siapa lagi kalau bukan Emelda Rosmila Abdul Hamid, 29.

Pasangan ini telah dinikahkan pada 22 Mei lalu di Masjid An-Nur, Batu 8, Ipoh.

Mengimbas kembali saat-saat sebelum bergelar suami Emelda yang dilaluinya sebelum ini, Adlin berkata masa mula-mula untuk mengenali keluarga Emelda merupakan saat mencabar dalam dirinya.

“Saat yang mencabar dalam diri saya bermula daripada mengenali Emelda, bertunang dan menikahinya adalah semasa saya mula-mula hendak mengenali familinya.

“Saya terfikirkan tentang bagaimana pihak perempuan akan melihat saya sebagai pasangan Emelda.

“Selain itu, saya berasa risau saat beberapa hari kebelakangan ini (sebelum diijabkabulkan) kerana kita banyak dengar perkara yang kurang menarik ditempuhi oleh bakal pengantin.

“Saat itu juga orang kata masing-masing berdarah manis. Jadi, kami berdua saling ingat-mengingati tentang apa yang kami perlu buat,” kata Adlin mengenai apa yang mungkin tidak terluah olehnya sebelum ini.

Kini, segala kerisauan itu telah berakhir dan Adlin perlu mempersiapkan diri untuk menempuhi hari-hari mendatang dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Bagi Adlin, usia perkenalannya selama empat tahun dengan Emelda akan digunakan dengan sebaiknya untuk saling memahami dan mengeratkan hubungan mereka.

“Saya percaya, dalam perkahwinan ini pasti ada dugaannya dan pernikahan bukanlah penamat kepada segala-galanya.

“Selepas ini, saya akan melalui satu lagi perjalanan dengan dugaan yang berbeza.

“Dengan kekuatan yang kami ada, kami akan menyatukan sikap saling memahami dan bekerjasama untuk melawan setiap dugaan yang boleh ditangani supaya dapat terus hidup bersama,” jelas pengkritik tetap Akademi Fantasia (AF) musim ke-7 ini.

Ditanya mengenai anak, Adlin berkata dia mendambakan saiz keluarga yang kecil bersama Emelda.

Katanya, “Tiga orang anak pun dah cukup.”

Adlin dan Emelda mempunyai perbezaan jarak umur sebanyak lapan tahun dan masing-masing tidak menunjukkan apa-apa masalah tentang faktor itu.

“Bagi saya, apabila terdapat perbezaan umur, kami dapat berkongsi pengalaman yang berbeza dan mematangkan diri antara satu sama lain,” jawab Emelda.

Adlin pula menambah, “Saya memberi masa dan ruang untuk Mel membentuk diri saya. Jadi, dia tahu bagaimana hendak mengendali saya dari segi ‘fighting spirit’ dan ‘determination’ bermula sebagai kekasih, tunang dan suami. Saya akui memang lelaki yang kompleks untuknya.”

Sementara itu, Emelda membalas sepanjang mengenali suaminya itu, Adlin merupakan seorang yang tidak terlalu romantik.

“Dia tak romantik sangat, jadi macam-macam yang saya perlu lakukan untuk tangani sikap Adlin. Dia memang susah, mulut bising dan garang tetapi dalam garang tu, dia mendengar kata dan tidak ego.

“Hal itu yang dia ada dan membuatkan saya rasa senang lebih-lebih lagi apabila dia mudah mengaku salah,” jelas Emelda yang mesra dengan nama Mel.

Dalam pada itu, Adlin pula berkata jika dulu semua keputusan dibuat olehnya seorang tetapi selepas berkahwin, dia perlu belajar untuk memberi kepercayaan kepada Mel agar 50 hingga 60 peratus keputusan akan datang daripadanya.

Sebab itu apabila berbicara tentang karier, Emelda berkata Adlin memberikan kelonggaran kepadanya untuk membuat keputusan.

“Adlin beritahu dia tidak kisah jika saya hendak bekerja atau tidak. Tetapi bagi saya, karier saya ini merupakan periuk nasi saya sejak mula dulu dan saya rasa masih belum penat berlakon.

“Itupun jika masih ada rezeki untuk berlakon. Bagaimanapun, Adlin tetap memberikan kelonggaran kepada saya untuk terus ceburi bidang ini,” tutur Emelda.

Bagi Adlin pula, dia hanya berharap supaya semuanya berjalan dengan baik dan sentiasa menjadikan kakak iparnya, Emylia Rosnaida dan suami AC Mizal sebagai contoh yang baik.

“Kalau kami sudah mempunyai anak nanti, saya nak dia menjadi surirumah dan sambut saya selepas penat pulang dari bekerja,” jelas Adlin yang belum merancang lokasi dan masa berbulan madu mereka.

Seperti pasangan lain yang sudah berumah tangga, Adlin menyimpan harapan untuk menjadi pasangan yang ‘menang’ dan menjadi ikhtibar kepada peminat pada masa akan datang.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan