Isma: Saya akan pastikan berada dalam industri

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ibu kepada lima orang anak ini tidak akan mensia-siakan apa yang telah dipelajarinya sebelum ini selepas menamatkan pengajiannya di AF7 selama tiga bulan.
Ibu kepada lima orang anak ini tidak akan mensia-siakan apa yang telah dipelajarinya sebelum ini selepas menamatkan pengajiannya di AF7 selama tiga bulan.

WALAUPUN Isma hanya berjaya menduduki tempat ke-5 dalam Akademi Fantasia (AF)musim ke-7, dia tidak pernah patah semangat untuk terus berjuang dalam industri seni ini.

Jelas Isma atau nama sebenarnya Ismaliza Ismail, 30, dia tidak akan mensia-siakan apa yang telah dipelajarinya sebelum ini selepas menamatkan pengajiannya di AF7 selama tiga bulan.

“Saya berjanji tidak akan berpatah balik ke belakang dan akan pastikan saya berada dalam industri.

“Saya nak buktikan yang status kita dan berapa orang anak yang kita ada bukanlah penghalang untuk berjaya.

“Saya bersyukur kerana mendapat sokongan daripada keluarga dan suami,” kata Isma yang hanya berjaya membawa pulang trofi sumbangan Astro selepas mendapat tempat ke-5 dalam AF7.

Baginya, dia tidak kisah tentang hadiah itu sebaliknya dia berbangga kerana dapat sampai ke Konsert Akhir AF7.

“Saya tak ambil tahu pasal hadiah. Apa yang penting saya mendapat sesuatu semasa belajar dalam akademi untuk digunakan di luar nanti. Saya bangga kerana berjaya sampai di sini,” ujar ibu kepada lima orang anak ini.

Isma turut diduga samada dia rasa berbaloi dengan meninggalkan anak-anak di rumah sedangkan mereka lebih memerlukannya dan akhirnya hanya mendapat sebuah trofi.

“Saya tidak rasa menyesal apabila meninggalkan anak-anak di rumah kerana platform ini membantu saya untuk berdiri dengan sendiri untuk mencapai impian saya bergelar penyanyi yang disayangi dan disegani,” luahnya.

Ditanya sejauh mana dia yakin khalayak akan menerimanya sebagai artis dengan status yang dimilikinya, Isma berserah semuanya kepada Tuhan setelah berusaha memikat hati peminat.

“Insya-Allah, saya yakin orang akan menerima saya dengan status sekarang.

“Selain itu, saya akan berusaha keras untuk bersaing dalam industri ini.

“Sebelum ini saya belum bersedia kerana ingin menumpukan kepada anak-anak,” katanya yang akan berbincang dengan pihak Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB) untuk menentukan kariernya pada masa akan datang.

Kata kakak kepada Juara One In A Million (OIAM) musim ke-3, Shah Indrawan atau Tomok ini, dia ingin membuat sesuatu yang orang sentiasa mengingati dirinya.

“Saya mahu mempunyai produk yang orang takkan lupakan saya,” janji Isma penuh bersemangat.

Dalam masa yang sama, dia merancang untuk bekerjasama dengan suaminya, komposer dan penyanyi Zulkifli Majid atau Zul 2 By 2.

Semasa Konsert Akhir AF7, Zul telah mencipta lagu Bisikan..Godaan yang didendangkan oleh isterinya dengan menggunakan nama pena Aiman dan lirik lagu itu ditulis oleh Slen.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan