'Wonder Pets' dan 'The Power Puff Boy' berentap di Kempen Derma Darah Suriafm

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Suasana ketika Kempen Menderma Darah anjuran Suriafm.
Suasana ketika Kempen Menderma Darah anjuran Suriafm.

PADA 16 Mei lalu (Sabtu), telah berlangsung acara Kempen derma darah anjuran Suriafm bertempat di Mydin Mall USJ dan yang menariknya, acara ini dimeriahkan dengan cabaran di antara krew BREAKFAST@SURIA, Tuah Zoqarnain dan Zizi dalam mendapatkan sebanyak mungkin penyertaan orang ramai.

Kedua dua mereka telah tampil dengan team masing- masing bersama strategi tersendiri.

Tuah Zoqarnain memilih nama Wonder Pets dengan lagu tema, “…. Kami tak besar dan kami tak kuat, apa yang penting kerjasama… ”

Zizi memilih nama The Power Puff Boy dengan slogan, “…. Derma darah adalah hak milik setiap insan…”

Acara yang bermula dari jam 1 tengahari dan berakhir pada jam 5 petang itu, telah berjaya mengumpulkan sebanyak 162 penyertaan dan daripada jumlah itu, Kumpulan Tuah berjaya mendapatkan 81 penderma manakala Zizi pula sebanyak 52 penderma dan 29 lagi didapati tidak layak untuk menderma darah disebabkan mempunyai masalah kesiahatan antaranya tekanan darah tinggi dan sebagainya.

Seramai 15 krew daripada Pusat Darah Negara bertugas pada hari itu.

Acara ini turut menyaksikan krew Suria terutamanya barisan penyampai Suria yang lain seperti Myra, Naim, Zaff, Akhtar, Bob Ringgo dan Lin turut menggembeling tenaga dalam menjayakan acara yang mendapat penyertaan dari rakyat Malaysia yang berbilang kaum termasuk ‘Klik suria’.

Sambutan cukup menggalakkan namun masa yang terhad membataskan yang lain untuk turut sama menderma darah.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan