Polis Rusia sangka Lady Gaga pelacur! - Berita Hiburan | mStar

Polis Rusia sangka Lady Gaga pelacur!

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lady Gaga
Lady Gaga

APABILA Lady Gaga memakai leotad kulit dalam satu sesi penggambaran foto, polis dari Rusia menyangka bintang popular dan sensasi itu sebagai pelacur.

Penyanyi berusia 23 tahun itu meminta pemandunya berhenti di Red Square di Moscow dan mengambil fotonya.

Ketika itu, polis sampai dan mula membuat gerak isyarat tangan.

"Saya sedang membuat sesi penggambaran dan tiba-tiba, polis datang dan menepuk tangan mereka," katanya kepada media.

"Saya berkata, 'Ia mungkin bermaksud pelacur di Rusia'," tambahnya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan