Kris Allen juara American Idol

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dua finalis American Idol, Adam Lambert (kiri) dan Kris Allen. Gelaran juara menjadi milik Allen - foto AP
Dua finalis American Idol, Adam Lambert (kiri) dan Kris Allen. Gelaran juara menjadi milik Allen - foto AP

LOS ANGELES: Kris Allen telah dinobatkan sebagai juara baru American Idol, menewaskan seorang lagi finalis program realiti popular itu, Adam Lambert.

Secara keseluruhannya, lebih kurang 100 juta undian diterima untuk kedua-dua finalis tersebut. Allen, 23, merupakan seorang pelajar manakala Lambert, 27, adalah seorang pelakon teater dari San Diego.

Allen dilihat bersandarkan kepada vokalnya yang lancar dan imej boy-next-door (bersahaja) untuk menjadi juara American Idol.

"Saya minta maaf, saya pun tidak tahu bagaimana perasaan sekarang. Ia benar-benar 'gila'," kata Allen.

Lambert juga mempunyai lontaran vokal hebat dan aura di atas pentas selain menjadi 'pujaan' pengkritik-pengkritik tetap American Idol. Simon Cowell, salah seorang pengkritik program ini turut memuji persembahan kedua-dua finalis itu semalam.

"Kepada anda berdua, saya jarang bercakap begini, saya rasa anda berdua memberikan persembahan yang luar biasa..... Masa depan terletak dalam tangan anda," kata Simon.

Sebelum keputusan akhir diumumkan, Lambert dan Allen berduet menerusi lagu We Are the Champions bersama anggota kumpulan Queen.

Persembahan akhir yang berlangsung semalam turut diselitkan dengan beberapa acara selingan sehingga ia berlarutan sehinggan dua jam.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan