Amitabh tempelak media elektronik sekali lagi

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Amitabh Bachchan
Amitabh Bachchan

SEKEMBALI dari upacara pengebumian mentornya, Prakash Mehra, Amitabh Bachchan telah menempelak media elektronik yang membuat liputan upacara tersebut menerusi blognya.

Menurut Amitabh, ahli-ahli media terlupa untuk mematuhi sensitiviti upacara berkenaan yang sepatutnya dipelihara.

"Anak sulung mendiang (Prakash), Sumeet baru pulang dari Amerika Syarikat pagi ini dan upacara pengebumian berjalan pada sebelah tengah hari. Namun, tingkah laku media ketika itu adalah menjelikkan!

"Langsung tiada rasa hormat terhadap sensitiviti upacara tersebut. Tiada etika. Mereka tidak beradat dalam upacara persendirian yang sedih itu," katanya.

Apa yang lebih penting pada media, kata Amitabh, ialah mendapatkan bahan berita dan menggerakkan kamera beberapa inci dari wajah seseorang. Memalukan!

"Lagi memalukan, mereka yang kononnya bersimpati dengan kematian mendiang hanya tahu menolak dan mendekati jenazah tersebut agar kelibat mereka turut berada dalam fokus kamera," tambahnya.

Amitabh mengakhiri tulisannya dalam blog dengan menyatakan: "Saya tidak akan menyentuh tentang perkara ini lagi. Pembuluh darah saya mungkin pecah."

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan