Rachel lakukan yoga untuk dapatkan badan seksi

Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rachel begitu yakin dengan bentuk badannya meskipun usia sudah 38 tahun
Rachel begitu yakin dengan bentuk badannya meskipun usia sudah 38 tahun

AKTRES Rachel Weisz tidak pernah malu dengan usianya yang menjangkau 38 tahun. Ini kerana dia mempunyai keyakinan diri yang cukup tinggi.

Pemenang anugerah ini juga tidak pernah malu untuk mempamerkan bentuk badannya hinggakan dia enggan menggunakan 'badan' aktres lain untuk babak bogel di dalam filem.

Untuk filem terbaru, Rachel membawa watak seorang tukang tilik, astronomer and ahli falsafah Greek yang terkenal bernama Hypatia dalam filem baru, Agora.

Dalam filem itu, Rachel tampil tanpa seurat benang dalam dua babak di mana dia baru sahaja mandi sementara hambanya Max Minghella berdiri di sampingnya dengan sehelai tuala.

Tika ditanya, adakah badan aktres lain digunakan untuk dua babak bogel ini, Rachel berkata, "tentu sekali tidak. Saya tidak terfikir pun hendak menggunakan 'double' untuk babak bogel."

Rachel, yang mempunyai anak lelaki berusia dua tahun, Henry, hasil hubungan dengan tunangnya, penerbit filem Amerika, Darren Aronofsky, berkata, "Saya cuma buat yoga dan jauhi makanan 'junk'."

Baru-baru ini ketika di Festival Filem Cannes, Rachel tampil begitu seksi sekali di karpet merah dengan baju hijau berwarna hijau 'olive' rekaan Christian Dior yang menyingkap sebahagian besar pehanya.

Rachel agak teruja dengan watak Hypatia yang dibawanya. Tambahan pula, ia sebenarnya seperti dilema wanita yang tinggal di negara Timur Tengah.

"Ramai wanita masih dilayan seperti rakyat kelas kedua di sebahagian negara Timur Tengah. Mereka tidak mendapat pendidikan yang baik seperti di Afghanistan," jelas aktres seksi itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan