Paris ingin jadi seperti Puteri Diana

Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gara-gara tercemar dengan pelbagai kontroversi, Paris Hilton akui, impiannya untuk jadi seperti Puteri Diana tidak tercapai
Gara-gara tercemar dengan pelbagai kontroversi, Paris Hilton akui, impiannya untuk jadi seperti Puteri Diana tidak tercapai

SELEBRITI popular Paris Hilton akui, dia sebenarnya ingin jadi seperti Puteri Diana, tetapi impian itu tidak kesampaian apabila melihat dirinya sering terjebak dengan pelbagai kontroversi.

Hilton membuat pendedahan itu di dalam dokumentari terbarunya, 'Paris, Not France', yang mula ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada September lalu dan juga di Festival Filem Cannes.

Selain pernah mencetuskan kontroversi menerusi video seks dengan Rick Solomon, Hilton juga pernah terlibat dengan pelbagai 'kisah panas' lagi termasuklah pernah dipenjarakan.

Bercakap tentang video seks, kata Hilton: "Bila saya dengar tentang perkara itu, saya terfikir 'ye lah tu, mesti ada orang yang menyerupai saya'. Tapi beberapa jam selepas itu, video tersebut tersebar di internet dan saya sendiri melihatnya.

"Itu adalah perkara yang paling 'intim' dan bayangkan seluruh dunia menyaksikannya dan mentertawakan saya.

"Ini bukanlah yang saya mahukan sejak kecil. Saya selalu ingin menjadi seperti Puteri Diana, tetapi nampaknya saya tidak akan mampu menjadi sepertinya," kata Hilton.

"Orang melihat saya seperti patung Barbie...sebuah fantasi...mungkin itu yang mereka suka. Tapi ada yang misteri tentang saya...bila berdepan dengan orang ramai, saya adalah orang yang berbeza berbanding dengan diri saya bila bersendirian," kata Hilton.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan