Akim suka dilabel ‘underdog’

Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Akim sebelum menjalani proses transformasi dalam AF7.
Akim sebelum menjalani proses transformasi dalam AF7.

BAKAT mencipta lagu sudah berada dalam diri Akim atau Afiq Hakim Ahmad, 18, apabila dia memenangi pertandingan mencipta lagu ‘jingle’ MODENAS Passion 125 Sports.

Selepas berakhirnya program realiti Akademi Fantasia (AF) musim ke-7 pada Sabtu lalu, Akim berkata dia bercita-cita untuk menggubah lagu sendiri.

Itulah perancangan terbaru yang difikirkan oleh anak muda berasal dari Johor Bahru ini selain mengikuti apa yang bakal diatur oleh pihak Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB).

“Selain dari perancangan oleh pihak Astro, saya nak mencipta lagu sendiri. Saya rasa tidak salah saya mencuba kerana saya tahu beberapa 'chord' gitar.

“Sebelum ini, saya ada cuba mencipta lagu selepas saya tahu menggabungkan 'chord' gitar dan masukkan melodi,” ulas Akim mengenai perancangan terbarunya itu.

Jika Akim memilih untuk mencipta lagu sendiri selepas keluar daripada AF7, bermakna dia telah mengikut jejak langkah seniornya iaitu Aizat AF5.

Namun bagi Akim, mungkin cara dia menggubah lagu agak berbeza dengan cara yang ditonjolkan oleh Aizat.

Kata Akim, ‘Aizat lain, saya pula lain.’

Akim menambah, dia mula meminati bidang muzik sejak kecil lagi. Jadi, tidak hairanlah jika dia merancang untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan muzik di Institut Pengajian Tinggi nanti.

“Pada mulanya saya hajat nak sambung belajar dalam bidang perniagaan tetapi selepas masuk AF7, saya nak ubah cabang dalam bidang muzik pula,” beritahu Akim.

Mengimbas kembali kemenangannya yang hanya berjaya menduduki tempat ketiga, Akim berkata dia tidak kisah dengan kedudukan itu tetapi yang penting dia telah mencapai sesuatu yang membanggakan.

Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina menyifatkan Akim sebagai finalis yang paling banyak menjalani proses transformasi dalam AF7.

“Semuanya rezeki dan saya berpuas hati dengan apa yang dimiliki. Saya tahu semua orang nak bergelar juara.

“Walaupun tempat ke-3 'tidak best’, tetapi saya tak kisah dapat tempat ke berapa pun.

“Sekurang-kurangnya saya berjaya membuat transformasi dalam diri,” luah Akim.

Anak muda yang dikaitkan dengan Aishah AF7 ini juga tidak terasa hati apabila dilabelkan sebagai peserta ‘underdog’ ketika menyertai program itu.

“Saya tidak terasa hati malah suka dilabel ‘underdog’ kerana saya bermula dari bawah,” ujarnya.

Ketika Konsert Akhir AF7 lalu, Akim mendendangkan dua buah lagu iaitu Bengang ciptaan Amir dan liriknya oleh SQ dan Bencinta dendangan Faizal Tahir.

Menariknya dalam persembahan kedua Akim iaitu lagu Bencinta, koreografi yang dipersembahkan agak berlainan dan kreatif daripada persembahan finalis yang lain.

Kata Akim, idea itu tercetus selepas dia terfikir untuk menggunakan tali dalam persembahan itu.

“Mula-mula, saya bawa satu tali. Selepas itu, penulis skrip AF7, Abang Najib memberi idea kepada saya untuk mengikat dua tangan dan kembangkan tali.

“Bagi saya, idea itu agak luar biasa. Saya ucapkan terima kasih kepada Abang Najib kerana sudi membantu,” tuturnya.

Ditanya tentang gosipnya dengan Aishah, Akim menjawab mereka hanya berkawan baik.

“Saya dan Aishah berkawan baik kerana kami sebaya dan mengambil jurusan yang sama semasa menjalani Sijil Pengajian Malaysia (SPM) iaitu Sains Tulen,” akhirinya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan