Vivek Oberoi: Kareena desak saya cari teman wanita

Diterbitkan: Isnin, 18 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Vivek Oberoi
Vivek Oberoi

SELEBRITI Bollywood, Vivek Oberoi mendakwa kawan rapatnya, Kareena Kapoor mendesaknya agar mencari teman hidup dengan cepat dan segera berkahwin.

"Tekanan (untuk cepat berkahwin) itu memang ada, bukan sahaja dari ahli-ahli keluarga malah dari Bebo (nama samaran Kareena).

"Setiap kali keluar bersama-sama untuk makan malam, dia (Kareena) akan menggeleng-geleng kepalanya dan memberitahu saya - `cari gadis baik dan berkahwin' dan saya akan berselindung di sebalik Saif. Kami akan ketawa besar," katanya.

Kehidupan peribadi Vivek sememangnya sentiasa menjadi tumpuan utama - dari pertunangannya dengan kekasih lama, Gurpreet Gill yang tidak berhasil sehingga dikaitkan dengan ratu cantik, Aishwarya Rai.

Kini, dia masih bujang. Alasannya untuk kekal bujang buat masa ini: "Saya masih menantikan kemunculan seorang gadis yang dapat menggalakkan saya mengakhiri zaman bujang."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan