Transformasi positif dan negatif AF7

Diterbitkan: Isnin, 18 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hafiz memulakan persembahan dengan lagu Kau Bunga Cintaku dendangan Anuar Zain. -foto The Star oleh AHMAD IZZRAFIQ
Hafiz memulakan persembahan dengan lagu Kau Bunga Cintaku dendangan Anuar Zain. -foto The Star oleh AHMAD IZZRAFIQ

FINAL Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) membuka tirai dengan menyajikan persembahan hambar jika dibandingkan dengan final One In A Million musim ketiga (OIAM3).

Aura final AF7 tidak sehebat peringkat akhir OIAM3 - itulah tanggapan awal penulis yang berpeluang membuat liputan kedua-dua final tersebut.

Ramai berasa kecewa, termasuk penulis ini, kerana final AF7 kurang `menyengat' berbanding persembahan mingguan sebelum ini.

Lebih menyedihkan, pembukaan AF7 tidak sehebat dengan pembukaan "meletup" OIAM3 sehingga ke penghujung - ibarat `jauh panggang dari api.'

Lima finalis AF7 yang terdiri daripada Hafiz, Akim, Yazid, Isma dan Aril gagal menambat hati para penonton di peringkat pusingan awal.

Perlu ditegaskan, ini bukan bermaksud mereka tidak seliga dengan peserta OIAM3 seperti Tomok, Esther dan Aweera.

Punca-punca

Apakah punca-puncanya? Mengapakah pengkritik AF7, Adlin Aman Ramlie mengenal pasti hanya seorang yang `survive', iaitu Aril untuk pusingan pertama tersebut.

Maklumlah, terdapat peserta dilihat terikat dengan koreografi sehingga koreografi berlawanan dengan melodi, kata Adlin terhadap persembahan Hafiz.

"Vokal adalah kekurangan sedikit. Adakah terlampau teruja? `Low note' tak clear. Terikat dengan koreografi - kacau sedikit," kata pengkritik itu.

Penyanyi berasal dari Kuching itu menyanyikan lagu Kau Bunga Cintaku (penyanyi asal: Anuar Zain). Dari kaca mata penonton pula, Hafiz macam bukan Hafiz sebelum ini. Hambar sahaja.

Dari perspektif lain, ada lagu terlampau `berat' untuk peserta. Apabila dibawa juga, Yazid misalnya seolah-olah serba tidak kena membawakan lagu Kasidah Cinta (nyanyian asal Dewa 19).

Kesian Yazid. Sampai pengkritik, Edrie Hashim melontarkan pertanyaan: "Kenapa setuju buat? Sebagai artis (seniman), anda perlu mengawalnya. Nampak tak normal."

Bagaimanapun, Adlin bersimpati dengan Yazid dan pada masa yang sama, kecewa kerana penyanyi tersebut perlu menghadapi dugaan sebegitu pada peringkat final.

"Ia menghancurkan mood audiens kerana lagu tersebut kurang sesuai dengan anda (Yazid). Tempo, karakter dan aliran suara tidak ada," katanya sambil menyifatkan Yazid umpama (terapung) kat tengah laut, tak capai langsung pesisiran pantai.

Salah siapa?

Persoalannya dalam soal ini, salah siapa? Salah tenaga produksi? Ataupun, sesetengah pihak ingin `sabotaj' (menggagalkan) penyanyi tertentu.

Mengapakah sesetengah peserta pilihan mendapat lagu komersial berbanding peserta lain yang menyanyikan lagu kurang popular? Tepuk dada tanya selera.

Sebenarnya, penampilan rambut Yazid juga janggal. Apabila rambut Yazid diikat mayang, dia lebih mirip pemain bola sepak seperti bekas pemain Arsenal, Kanu atau pemain Manchester United, Sonny Anderson.

Bukankah rambutnya yang menggerbang dan menjurai-jurai sebelum ini menjadi simbol divanya? Jangan diketepikan soal remeh tersebut kerana apabila `mahkota' di kepala dirampas, kadang-kala kesannya turut dirasai pada alunan melodi penyanyi tersebut.

Transformasi AF7

AF7 hanya mula menemui rentaknya pada pusingan keduanya. Ini kerana para peserta seolah-olah dapat menyanyi mengikut cara dan gaya tersendiri.

Misalnya, tanpa koreografi yang meleret-leret, Hafiz dapat mendendangkan lagu Masih Jelas (pencipta: Aidit Alfian dan lirik: Ad Samad) dengan begitu baik sekali.

Sorakan luar biasa menggamatkan Stadium Putra, Bukit Jalil. Para pengkritik perlu menunggu sorakan reda sebelum dapat memberikan komen terhadap persembahannya.

Sementara itu, transformasi dikesan wujud dalam persembahan Akim dan Isma. Akim menyuntik kesegaran dalam lagu Bencinta (Faizal Tahir) dengan koreografi yang menggunakan kain panjang.

Isma pula tampil dengan rambut dan gaun hijaunya `bergelora' ditiup angin kencang.

Transformasi negatif: Kurang sopan

Pun begitu, transformasi positif tersebut bertukar menjadi negatif apabila Aril terlebih membuat aksi - melompat tinggi dan jauh dari pentas.

Dia mimik gaya persembahan Tomok dalam pertandingan akhir OIAM3 baru-baru ini. Itulah, aksi dan gelagat diva sentiasa menjadi ikutan.

Apa yang paling mengecewakan, Aril meletakkan kaki di atas meja juri, bukan sekali tetapi dua kali. Rasanya, dia tahu kebiadapannya. Dia merebahkan lututnya.

Tapi dia meneruskan aksi kurang manis dengan merampas satu kertas, direnyuknya lalu dibuang ke lantai. Bukankah itu lagak kurang sopan?

Selepas persembahannya berakhir, Edrie menitipkan nasihat kepada Aril agar pandai membawa diri.

"3 bulan adalah seperti 30 tahun, bagi artis. Maka, kena berhati-hati dengan personaliti," nasihatnya.

Harap-harap, selepas ini, apa yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan