Madonna dan kekasih 'toyboy'nya akan berkahwin?

Diterbitkan: Isnin, 18 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jesus Luz
Jesus Luz

KEMUNGKINAN besar Madonna dan 'toyboy'nya Jesus Luz akan berkahwin dalam satu upacara ritual tidak lama lagi, menurut kata ayah Luz, Luiz Heitor Pinto da Luz.

"Jesus kelihatan begitu bahagia sekali. Upacara perkahwinan ini membuktikannya," kata Luiz Heitor.

Dalam sebuah temuramah baru-baru ini, Luiz Heitor memberi restu perhubungan Madonna dan anak lelakinya.

"Inilah yang akan berlaku bila dua jiwa saling berkasih. Mereka pasti inginkan sebuah perkahwinan. Setahu saya, mereka sudah tinggal bersama sekarang," kata Luiz Heitor.

"Saya tidak tahu samada mereka akan menyempurnakan perkahwinan mereka. Mungkin mereka akan buat satu ritual saja. Saya juga tidak tahu samada ia akan dilakukan di Kabbalah," katanya lagi.

Walaupun pasangan yang tidak sepadan ini pernah digosipkan akan berpisah, Madonna dan Jesus yang berusia 22 tahun itu bertambah-tambah intim lagi.

Luiz Heitor juga mengesahkan perhubungan Jesus dengan tiga orang anak Madonna bertambah rapat.

"Anak saya begitu karismatik. Dia amat sukakan budak-budak dan dia cukup baik dengan anak-anak Madonna. Mereka bermain bolasepak bersama," kata Luiz Heitor lagi.

Luiz menafikan yang diva pop itu membayar $1,000 paun seminggu untuk kelas bahasa Inggeris ataupun dia cuba mengongkong penggunaan telefon Jesus.

"Semua itu tuduhan liar dan tidak berasas. Jesus pandai berbahasa Inggeris semasa tinggal dengan ibu saudaranya di Amerika dulu," kata Luiz.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan