Mas Anizan belum bersedia buat 'comeback'

Diterbitkan: Khamis, 14 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mas Anizan yang ditemui di Majlis Minum Petang Pesona De’Wajah Harmoni semalam kelihatan masih cantik dan anggun. -foto The Star oleh DARRAN TAN
Mas Anizan yang ditemui di Majlis Minum Petang Pesona De’Wajah Harmoni semalam kelihatan masih cantik dan anggun. -foto The Star oleh DARRAN TAN

KEMUNCULAN semula aktres popular 90-an Mas Anizan Mohd Shahid, 36, dalam industri seni semestinya dialu-alukan selepas dia menyepi selama 15 tahun lalu.

Wanita cantik ini mula membuat keputusan untuk berhenti dari aktif dalam industri ini selepas bernikah dengan ahli perniagaan, Allahyarham Datuk Ali Bapoo kerana mahu menumpukan kepada rumahtangganya.

Namun begitu, jodoh Mas Anizan dengan arwah suaminya tidak panjang apabila Ali Bapoo meninggal dunia pada 19 Mei 2008 akibat serangan angin ahmar.

Sepanjang Mas Anizan sepi dari industri, dia banyak menghabiskan masa dengan anak-anak dan menguruskan rumahtangganya.

Jelasnya, walaupun dia sudah meninggalkan zaman kegemilangannya, tidak bermakna dia melupakan terus.

Apabila ditanya samada dia sudah bersedia untuk kembali dalam industri, Mas Anizan berkata dia sukar untuk memberikan jawapannya.

"Sejujurnya, selepas berkahwin saya dah lama iaitu dalam 15 tahun berhenti dari karier seni ini.

"Jadi, agak sukar juga untuk saya hendak aktif semula kerana saya kurang yakin dan rasa gementar lagi.

“Saya rasa lebih baik biarlah dahulu, lagipun arwah baru sahaja pergi. Anak-anak pun masih memerlukan saya di sisi mereka.

“Kalau ada peluang, tengok dulu..,” jawab Mas Anizan dengan penuh merendah diri.

Tambahnya, jika dia hendak berlakon pun disebabkan ingin mengisi masa lapang.

“Saya tidak menaruh harapan untuk diterima kembali dalam industri ini. Buat masa ini memang saya belum bersedia, tetapi akan datang saya tidak tahu.

“Saya tak berani nak cakap tidak mahu ceburi bidang ini lagi,” ujarnya.

Mas Anizan berkata demikian kerana bukannya dia tidak mendapat mana-mana tawaran berlakon tetapi berkali-kali menegaskan ‘masih tidak bersedia dan tiada keyakinan’.

Walaupun belum terbuka hati untuk kembali aktif, Mas Anizan tidak menolak jika dijemput untuk menghadiri majlis-majlis keraian atau sesi fotografi bersama media.

Mas Anizan yang ditemui di Majlis Minum Petang Pesona De’Wajah Harmoni semalam kelihatan masih cantik dan anggun.

Kata Mas Anizan, itu merupakan pertama kali dia muncul di majlis keraian melibatkan selebriti lain selepas 15 tahun lalu.

“Ini merupakan kali pertama saya hadir menemui rakan-rakan media dan selebriti yang dah lama tak jumpa. Saya rasa sangat gembira apabila berjumpa dengan mereka semula,” luahnya.

Antara rakan selebriti yang turut diundang adalah aktres Rozita Che Wan, Hamidah Wahab, Datin Norjuma Habib Mohamad, Shah Reza atau Raja Rezza Shah, dan Jamal Abdillah.

Semakin tabah hidup sebagai ibu tunggal

Bercerita tentang kehidupannya sebagai ibu tunggal, Mas Anizan berkata dia semakin tabah dan bersemangat untuk menjalani hidup ini dengan sokongan anak-anaknya.

“Selama ini, saya selalu bergantung hidup dengan arwah tetapi apabila dia sudah tiada, saya rasa seperti hilang tempat bergantung seolah-olah perlu mulakan hidup dari awal.

“Saya tak tahu apa-apa. Apabila menjadi ibu tunggal, saya perlu jaga anak-anak seorang diri. Namun, saya bersyukur kerana mereka mendengar kata lebih-lebih lagi yang sulung selalu banyak memberi semangat.

“Sekarang alhamdulillah, saya dah boleh jalani kehidupan dengan lebih baik kerana yang pergi, tetap pergi. Kita di sini hanya perlu berdoa.

“Masuk 19 Mei ini, sudah setahun arwah meninggal dunia. Insya-Allah, saya dan anak-anak tiri di Kuantan akan membuat majlis tahlil untuk arwah pada 23 Mei depan di sana,” kata Mas Anizan.

Hasil perkahwinannya dengan arwah suaminya, dia dikurniakan dua anak iaitu Mas Aliza, 14, dan Mohd. Masli Daniel, 9.

Menurut Mas Anizan, dia juga selalu berhubung baik dengan enam orang anak tirinya yang tinggal di Pahang dan Kuala Lumpur.

Ditanya samada dia sudah menemui pengganti, Mas Anizan berkata dia masih hidup bersendirian dan bahagia dengan anak-anaknya.

“Buat masa sekarang, saya tidak mempunyai sesiapa tetapi masa akan datang belum tahu. Apa-apa pun, saya hanya berserah kepada jodoh,” jawabnya.

Mas Anizan merupakan pelakon terkenal 90-an dan telah membintangi sebuah filem iaitu Antara Gadis, termasuk lebih 30 buah drama.

Antaranya adalah sitkom Sayang Di Sayang, Gelora, dan Terpaut Suri Di Langkawi.

Wajah Mas Anizan juga pernah muncul dalam klip video dengan artis Iklim dan KRU serta beberapa iklan komersial.

Namun, dia nekad berhenti dari industri seni selepas berkahwin seawal usia 19 tahun.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan