Britney ingin menjadi guru - Berita Hiburan | mStar

Britney ingin menjadi guru

Diterbitkan: Khamis, 14 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Britney Spears
Britney Spears

PENYANYI terkenal, Britney Spears ingin menukar kerjayanya dari bidang muzik ke profesion perguruan, menurut sepupunya, Alli Sims.

Sims, yang membesar bersama ratu pop tersebut dan pernah membantunya pada 2007, telah diberhentikan jawatannya oleh ayah Spears, Jamie.

Bagaimanapun, Sims berkata, Spears selalu berhasrat bekerja dengan kanak-kanak dan menjadi guru sekolah.

"Britney selalu berkata, `Mungkin saya hanya ingin menjadi seorang guru. Saya ingin membuat sesuatu pekerjaan yang normal. Saya telah menjadi popular untuk tempoh yang panjang," katanya pada majalah.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan