Karier seni Amy 'terlebih' lengkap

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Amy kini tampil dengan album terbaru, Happy - foto THE STAR oleh AZLINA ABDULLAH
Amy kini tampil dengan album terbaru, Happy - foto THE STAR oleh AZLINA ABDULLAH

KETIKA memulakan kerjaya seninya kira-kira 16 tahun lalu, Amy Mastura hanya mengharapkan dia mampu tampil dengan sebuah album saja yang baginya boleh menjadi bukti dia pernah mewarnai persada hiburan tanahair.

Tidak pernah pula terlintas di fikiran ibu kepada dua orang cahaya mata ini bahawa karier seninya itu nampaknya mampu bertahan sehingga hari ini.

Diam tak diam, sudah tujuh buah album berjaya dihasilkannya termasuklah album terbarunya berjudul Happy, yang telah mula berada di pasaran sejak awal bulan lalu.

Dan jika dulu, dia amat mengharapkan 'pulangan' yang berbaloi terhadap penjualan albumnya, kini wanita kecil molek ini lebih menganggap album ketujuhnya itu sebagai 'hadiah' istimewa buat peminat-peminatnya.

"Sejujurnya, saya tidak mengharapkan apa-apa menerusi album ini, apatah lagi dengan krisis ekonomi yang melanda ketika ini. Anggaplah ini sebagai satu 'contribution' saya di dalam industri ini dan hadiah untuk mereka yang masih mahukan saya terus berada di persada ini.

"Saya bersyukur kerana syarikat rakaman Sony BMG masih memberikan peluang untuk merakamkan album.

"Malah, album terbaru ini juga amat istimewa kerana saya berjaya mengumpulkan semula kawan-kawan lama yang pernah bekerjasama dengan saya sewaktu album pertama dan kedua dulu, seperti penerbit Goh Boon Hoe dan jurugambar Amri Ginang untuk fotografi kulit album," kata Amy dalam nada ceria.

Album yang memuatkan 10 buah lagu itu juga cukup istimewa buat penyanyi, pelakon dan pengacara ini kerana lima daripadanya adalah hasil ciptaan Amy sendiri. Komposer lain yang turut menyumbang lagu mereka ialah Lah & D'Navigator, Killik, Axon, Panji dan Putra.

"Sebenarnya saya hanya mencipta dua buah lagu, tetapi syarikat rakaman kemudiannya minta lagi dan akhirnya jadilah lima buah lagu kesemuanya. Seronok sebenarnya bila dapat nyanyikan lagu-lagu sendiri.

"Album ini juga mengekalkan konsep pop dan tidak lari daripada imej Amy yang dulu. Saya sebenarnya sudah cuba untuk beri kelainan pada lagu-lagu saya seperti menyanyi rap untuk album terdahulu.

"Tetapi masalahnya, lagi banyak benda baru yang saya ingin buat, ia tetap berbalik kepada konsep 'Amy' yang sama. Tak 'menjadi' lah nampaknya. Jadi lebih baik saya kekal saja dengan konsep saya yang peminat juga sudah sebati.

"Apa yang menariknya, album ini juga saya tampilkan kanak-kanak dari Yayasan Anak Warisan Alam menerusi lagu Fiesta yang mana mereka bermain muzik menggunakan bahan-bahan terbuang seperti tin," kata Amy.

Selain ligat mempromosikan album terbarunya ini, Amy juga terus rancak menjadi rebutan produser untuk membintangi drama-drama terbitan mereka.

Namun, tutur selebriti yang kini boleh disaksikan menerusi drama bersiri Comel dan mengacarakan program Apa-Apa Aje ini, dia tidak mahu terlalu rakus merebut semua peluang itu.

Apa yang penting, buat masa ini dia ingin meletakkan fokus terhadap satu demi satu 'job' dulu, antaranya aktiviti promosi albumnya itu.

"Alhamdulillah, saya amat bersyukur dengan rezeki yang tidak putus-putus, bukan saja dalam bidang nyanyian, malah lakonan dan pengacaraan juga. Malah, saya juga mendapat banyak tawaran untuk menjadi penyampai radio daripada beberapa buah stesen radio.

"Jika kena pada masanya, saya memang tidak kisah untuk mencuba. Tetapi buat masa memang jadual cukup padat. Saya pun perlu ingat yang saya sudah berkeluarga dan perlu juga berikan perhatian terhadap anak-anak.

"Itupun nasib baik saya mendapat bantuan yang baik daripada pengurus karier saya, Nana dan mempunyai pembantu rumah yang membantu saya menguruskan anak-anak jika masa saya tidak menentu," kata Amy yang akan muncul di layar perak menerusi filem Hooperz tidak lama lagi.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan