Chef Gordon dikritik kerana mencarut sebanyak 115 kali

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gordon Ramsay - Chef terkenal
Gordon Ramsay - Chef terkenal

CHEF terkenal, Gordon Brown ditempelak kerana rancangannya, 'Great British Nightmare' menggunakan perkataan F*** sebanyak 115 kali dalam tempoh 40 minit.

Penonton menyaksikan babak paling "agresif" pada 9.30 malam apabila chef itu menjerit perkataan `f***ing' sebanyak 30 kali dalam tempoh kurang daripada dua minit.

Banyak aduan diterima ekoran penonton berasa rancangan televisyen itu menggunakan terlalu banyak kata-kata kesat.

"Saya boleh menerima kata-kata kesat daripada Gordon tetapi perlukah ia digunakan bersama dengan setiap patah perkataan lain?" adu seorang penonton.

Bagaimanapun, Saluran 4 stesen tersebut berkata, Gordon hanya mendedahkan kebenaran dan menawarkan nasihat secara ikhlas dengan gaya sendiri.

Sebanyak 51 aduan diterima dan rata-ratanya mengadu selepas terkejut dengan cara persembahan Brown yang drastik itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan