Tom Hanks pakai Speedo untuk sembunyi identiti

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tom Hanks dan isterinya, Rita Wilson.
Tom Hanks dan isterinya, Rita Wilson.

PELAKON yang juga pemenang Oscar, Tom Hanks mempunyai satu helah untuk menyamarkan diri ketika melancong di Eropah - dia 'menyusutkan' badannya dalam pakaian renang Speedo yang ketat.

Bintang handalan itu tergamam melihat kebanyakan orang mendedahkan bahagian anggota badan di pantai Eropah.

Lebih-lebih lagi, Hanks hairan kerana rakyat negara asalnya rata-ratanya memakai seluar renang yang labuh untuk melindungi sebanyak mungkin permukaan kulit mereka.

"Speedos - orang-orang Eropah mempunyai satu kesamaan - rasa malu yang tidak anda paparkan dengan memakai Speedo perlu diberikan ucapan tahniah.

"Di Amerika, anda mungkin diganggu dengan cemuhan dan ejekan, ditangkap ataupun diusir keluar dari bandar," Hanks memberitahu hos program bicara dari United Kingdom, Jonathan Ross.

"Rakyat Amerika, apabila kami pergi ke pantai, kami akan cuba memakai seluar pendek yang besar dan labuh sehingga melewati paras lutut. Ia juga berpoket untuk meletakkan cermin mata dan penggilap berlilin. Mereka akan kebasahan keseluruhan hari," tambahnya.

Pelakon itu juga menegaskan, baju renang yang kecil itu dapat menyembunyikan identitinya di situ.

"Apabila anda melancong di Eropah dan anda tidak ingin dikenali sebagai rakyat Amerika, anda memakai Speedo. Semua orang percaya anda berasal dari Belgium," akui beliau.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan