Tiga filem pendek Malaysia ke pertandingan anjuran Amerika

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga filem pendek Malaysia adalah antara 196 karya antarabangsa terpilih memasuki peringkat separuh akhir Pertandingan Video Demokrasi yang diadakan menerusi Internet.

Pertandingan anjuran Jabatan Negara Amerika dan beberapa institusi hiburan, akademik dan demokratik itu, menerima 900 penyertaan dari lebih 90 negara.

Ia dilancarkan pada 15 Sept tahun lepas bagi filem sepanjang tiga minit ke bawah.

Pejabat akhbar Kedutaan Amerika di sini hari ini berkata pemilihan 21 karya untuk ke peringkat akhir pertandingan itu akan diputuskan oleh panel juri bebas di bawah seliaan penerbit filem serta pakar filem dokumentari tersohor, Michael Apted, dan ahli ekonomi Peru, Hernando de Soto.

Tiga video akan dipilih daripada karya yang memasuki peringkat separuh akhir bagi setiap rantau Hemisfera Barat, Eropah, Timur Tengah/Afrika Utara, Afrika SubSahara, Asia Selatan dan Tengah/Pasifik dan tiga filem daripada kategori umum, yang diwujudkan bagi membolehkan penerbit filem dari negara yang tidak menggalakkan kebebasan bersuara, mengambil bahagian.

Pemenang akan menerima hadiah berupa lawatan ke Washington, New York dan Hollywood bagi menemui tenaga profesional dalam bidang perfileman, pejuang demokrasi dan pegawai kerajaan serta menghadiri tayangan khas video mereka.

Orang ramai dipelawa memilih pemenang pertandingan itu dengan mengundi melalui YouTube dari 15 Mei hingga 15 Jun dengan melayari www.youtube.com/democracychallenge. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan