Simon Cowell yang sungguh cerewet

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Simon Cowell
Simon Cowell

JURI 'American idol' Simon Cowell sebenarnya adalah seorang yang amat cerewet. Bagaimana personaliti yang anda lihat di kaca TV ketika memberikan komen, begitulah sikap sebenar Simon di rumah.

Dia begitu berhati-hati tentang perincian seperti sudut di taman. Dia sanggup mengupah beberapa tukang kebun untuk pastikan yang landskap rumahnya cantik, teratur dan kemas seperti yang dikehendakinya.

Baru-baru ini, beberapa keping foto menunjukkan bagaimana telitinya Simon mahukan pokok-pokok di rumah dipotong dengan kemas hinggakan tukang kebun terpaksa menggunakan pembaris untuk memastikan yang ianya lurus.

Setiap penjuru pokok itu perlu dipotong tajam dan tepat sama seperti rambutnya yang pendek dan kemas itu. Beberapa tukang kebun diupah untuk mengerjakan halaman indah di kediaman mewahnya yang berharga RM20 juta pound itu. Ini juga jelas menunjukkan yang dia betul-betul cerewet. Bukan itu saja, malah Simon tidak mahu sehelai daunpun kelihatan di atas rumput.

Menurut ibu kesayangannya, Julie, 81, Simon adalah seorang yang begitu menitikberatkan kesempurnaan.

Malah untuk memastikan segala keselamatan terkawal di rumah mewahnya, juri program realiti Got Talent, X Factor dan American Idol telah memasang CCTV dari pihak X-tech Seciruty bagi mengelak pencerobohan.

Cowell, 49, telah membelanjakan wang sejumlah 5 juta pada tahun 2004 untuk membeli kediaman mewahnya yang dimuati 6 kamar tidur, 5 kamar mandi. Ianya juga terletak tidak tidak jauh dari destinasi popular Sunset Boulevard.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan