Intan Ladyana dan Kamal Adli masih berteka-teki tentang cinta mereka

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Intan Ladyana dan Kamal Adli. - foto THE STAR oleh RAYMOND OOI
Intan Ladyana dan Kamal Adli. - foto THE STAR oleh RAYMOND OOI

GOSIP percintaan dua pelakon Intan Ladyana dan Kamal Adli berputik dari drama bersiri Bio-Nik keluaran KRU Studios. Sudah keruan khabar angin tersebut.

Yang si gadis baru sembuh daripada luka percintaan sementara yang lelaki pula sedang berpacaran dengan buah hatinya.

Ramai yang tidak tahu hati Kamal sudahpun dimiliki oleh seorang personaniti stesen TV. Malah perhubungan Kamal dengan buah hatinya sudah menjangkau usia empat tahun.

Namun Intan dan Kamal - masing-masing tidak menafikan mahupun mengakui perasaan cinta itu terbit di hati.

Dipendekkan kata, ia masih menjadi teka-teki kepada semua pihak, khususnya pihak media.

Biar semua orang membuat tafsiran sendiri. Biarpun khabar angin bertiup kencang tentang cinta mereka.

Ataupun aktor dan aktres drama tersebut itu ingin menterjemahkan kisah pencintaan mereka dalam skrip drama tersebut kepada suatu realiti?

"Hanya saya yang tahu jawapannya," jelas Intan selamba tetapi sarat dengan makna tersiratnya. Dijolok media dari pelbagai cara dan sudut, jelitawan ini tetap enggan mengulas lanjut.

Intan hanya tersipu-sipu menjawab soalan-soalan panas yang diajukannya bertalu-talu.

BAYANGAN CINTA INTAN?

Bagaimanapun, Intan memberikan sedikit bayangan ciri-ciri ataupun kriteria lelaki idaman yang mampu bertakhta di hatinya sememangnya dimiliki Kamal.

"Kamal baik orangnya, ada chemistry antara kami berdua, saling memahami dan senang kerja juga, sabar, handsome (kacak)," akuinya ketika menjawab pemberita.

Mengulas lanjut, Intan memberitahu, mereka tampak rapat mungkin kerana dia dan Kamal merupakan kawan rapat dan saling memahami kerana masing-masing merupakan pelakon.

Oleh itu jelasnya, Kamal memahami tuntutan kerja sebagai seorang pelakon dan apa yang paling penting ialah trust (kebolehpercayaan).

Di layar perak pula, ketika ditanya adakah dia keliru memegang watak teman wanita Kamal, Intan menjawab: "Saya memang teman wanita dia (dalam layar perak).... tapi saya tidak keliru. Semasa set, kami orang lain. Karakter sebenar dan watak lakonan amat berbeza."

Dalam kehidupan sebenar pula, adakah jelitawan ini fobia untuk dilamun cinta? Tidak, kata Intan. Baginya, perhubungan cinta itu haruslah relaks, bebas dan belajar daripada kesilapan.

Mengenai harapannya terhadap sebarang perhubungan cinta pada masa depan, Intan berkata: "Saya harap semua okey dan tidak ada masalah. Siapa yang nak perhubungan mereka dilanda masalah?

"Harap ia berjalan lancar dan kesilapan tidak terjadi lagi," katanya dengan penuh harapan. KAMAL BENGANG

Ketika turut ditemui selepas majlis pelancaran BIO-NIK di ibu kota semalam, pelakon utama drama tersebut, Kamal mempersoalkan motif penyebaran gosip cinta tersebut.

"Penggambaran habis bulan Februari tapi, bulan pelancaran ini (Mei) sahaja pula timbul isu tersebut. Jadi, kenapa?" keluh Kamal seakan-akan serik dan 'meradang' menjawab desas-desus tersebut.

"Jika gosip ini membantu meningkatkan rating drama tersebut, okey-lah," katanya secara jujur.

Mujurlah, pelakon kacak itu kembali tenang dan mengakui, kadang-kala dia ternyata letih mendengar ini dan itu. Tersentak juga penulis mendengar reaksi spontan Kamal itu.

Iyalah... bila dia asyik ditanya soalan-soalan panas padahal dia terlibat dalam pelancaran drama BIO-NIK.

"Kita memang rapat dengan semua orang, macam satu famili... Bagaimana entah kenapa media akan highlight kami berdua sahaja...

Lebih menyedihkan, kadang-kala, orang lain akan twist percakapan kami," katanya.

Akui Kamal, dia dan Intan hanya pernah lepak dan makan makanan laut bersama kumpulan kru. Malah katanya, mereka tidak pernah keluar berdua.

Ditanya pandangan awalnya terhadap Intan, kata Kamal: "Mula-mula (disangkakan dia) berlagak gila. Lepas itu, baru sedar dia bertutur secara berhemah, lemah-lembut dan comel."

"Dia memang seorang yang gembira. Semasa set penggambaran, dia tidak tunjuk stres dan kami hanya merupakan good friend... itu sahaja," ujarnya.

Jika ditakdirkan mereka mempunyai jodoh, Kamal memberitahu: "Kamal tidak cakap nak atau tidak nak. Kalau Tuhan dah set, dah set (tentukannya).

"Dia (Intan) memang seorang gadis yang sangat baik. Untung sesiapa yang berjaya menawan hatinya," katanya dia redha dan selesa dengan perhubungan sekarang.

"Masih di peringkat awal lagi, baru hatinya terluka, biarkannya dia sembuh terlebih dahulu.. Kesiankan Intan, dia yang terkena bila desas-desus bertiup kencang," akuinya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan