Paula Abdul tunjuk taring depan pelajar 'American Idol'

Diterbitkan: Isnin, 11 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Paula tunjuk taring depan pelajar-pelajar American Idol
Paula tunjuk taring depan pelajar-pelajar American Idol

BILA juri 'American Idol' menunjukkan cara bagaimana membuat persembahan di hadapan pelajar-pelajar dan orang ramai, tentulah keadaannya menjadi gamat.

Paula Abdul begitu 'sporting' menunjukkan aksi penghiburnya dengan menyampaikan lagu terbarunya, "I’m Just Here For The Music".

Penyanyi berusia 56 tahun yang masih bertenaga itu telah memakai bustier yang berkilat dan beraksi di sebuah pentas yang penuh dengan asap, sambil diiringi oleh penari-penari latar yang kesemuanya lelaki.

Di satu ketika, pemenang anugerah Grammy itu telah dijulang sambil penonton bersorak riang.

Para juri lain seperti Simon Cowell, Randy Jackson dan Kara DioGuardi turut bersorak memberikan sokongan moral kepada Paula.

Paula, yang popular dengan Opposites Attract pada tahun 1989, menjadi juri 'American Idol' sejak tahun 2002.

Baru-baru ini, Paula membuat pendedahan yang dia mengambil pil tahan sakit 'painkillers' sejak 12 tahun yang lalu kerana kecederaaan lama yang dialaminya.

Oleh kerana dia terlalu bergantung kepada pil tahan sakit ini, agak sukar bagi Paula untuk meninggalkan dan ada kalanya, dia rasa seperti hendak membunuh diri.

Dalam satu temuramah dengan sebuah majalah baru-baru ini, Paula memberitahu yang dia seperti mahu membunuh diri.

'Withdrawal - adalah perkara yang paling sukar. Saya rasa seram sejuk, kemudian panas dan terasa sakit seluruh badan. Terlalu menyakitkan.

Paula pernah mencederakan lehernya ketika satu sesi 'cheerleading' pada tahun 1991 dan patah kaki ketika raptai.

Dua tahun kemudian, Paula terlibat dalam kemalangan kereta dan pada tahun 1993, Paula hampir lumpuh setelah kemalangan kapal terbang. Paula menjalani 15 pembedahan tulang belakang selepas itu.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan