Kisah pakaian Rihanna yang semakin aneh

Diterbitkan: Isnin, 11 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengkritik fesyen melihat perubahan Rihanna yang suka berpakaian aneh sejak kebelakangan ini sebagai satu 'fashion statement'
Pengkritik fesyen melihat perubahan Rihanna yang suka berpakaian aneh sejak kebelakangan ini sebagai satu 'fashion statement'

SELAIN Victoria Beckham dan Beyonce, penyanyi Rihanna adalah salah salah seorang selebriti yang berpakaian buruk sejak kebelakangan ini.

Terbaru, Rihanna kelihatan bersama temannya sedang mencari apartmen mewah di kawasan berprestij SoHo di Manhattan.

Penyanyi yang baru putus cinta dengan Chris Brown itu, dilihat mengenakan sepasang kasut tumit tinggi bermotifkan kulit ular yang sungguh tidak praktikal.

Penampilannya menjadi lebih bercelaru apabila dipadankan dengan bustier warna putih dan sepasang celana carik-carik yang lebih sesuai untuk pergi 'clubbing'.

Selain melihat-lihat apartmen, penyanyi berusia 21 tahun itu sempat juga pergi membeli belah. Walaupun dia banyak mencuba pelbagai jenis pakaian, Rihanna meninggalkan kedai tanpa membeli apa-apa pun.

Ramai yang perasan pakaian penyanyi yang popular dengan lagu 'Umbrella' itu agak drastik dan aneh sejak dua, tiga bulan ini.

Penampilannya di Metropolitan Museum of Art's Costume Institute Gala minggu lepas juga mendapat kritikan. Jaket hitam dengan seluar tirus hitam yang dipakainya membuatnya kelihatan janggal dan tidak sesuai dengan prestij malam tersebut.

Namun pengkritik fesyen melihat perubahan ini sebagai satu 'fashion statement.'

"Ianya menunjukkan keyakinan diri. Setelah episod dibelasah tempoh hari oleh bekas teman lelakinya Chris Brown, ini adalah tanda-tanda keyakinan baru," kata seorang pengkritik fesyen.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan